Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Program Protege Kementerian Pengangkutan Malaysia Buat Graduan, Elaun RM2,000 Sebulan 

Oleh Cikgu Shaari • February 8, 2023 • 2 min baca

Tawaran Program Protege Kementerian Pengangkutan Malaysia Buat Graduan, Elaun RM2,000 Sebulan 
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pengangkutan Malaysia kini sedang mencari PROTEGE dari golongan graduan warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dengan pelaksanaan Projek REL bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tawaran adalah terbuka kepada semua orang yang berminat terutama graduan dalam pelbagai bidang yang berkaitan.

Calon yang berjaya mendapat penempatan akan menerima elaun bulanan sebanyak RM2,000 sebulan. Pastikan anda hantar permohonan melalui email dalam tempoh ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama majikan: Kementerian Pengangkutan Malaysia
  • Nama program: Protege REL
  • Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2023

JAWATAN DITAWARKAN

Kementerian Pengangkutan Malaysia menawarkan program Protege bagi jawatan-jawatan berikut:

  • Protege Jurutera Elektrik
  • Protege Jurutera Mekanikal
  • Protege Jurutera Awam

FAEDAH PROGRAM

Antara faedah kepada calon yang berjaya mendapat penempatan Protege ini adalah:

  • Elaun RM2,000 sebulan
  • Cuti Tahunan
  • SOCSO

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran program Protege di Kementerian Pengangkutan Malaysia adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda IPTA/ IPTS
  • CGPA 2.50 ke atas

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume
  • Salinan MyKad
  • Salinan Transkrip Akademik

CARA MOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar dokumen-dokumen dinyatakan di atas kepada alamat emel berikut:

  • nur_aisyah@mot.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.