Tawaran Program Protege Kementerian Pengangkutan Malaysia Buat Graduan, Elaun RM2,000 Sebulan
Kementerian Pengangkutan Malaysia kini sedang mencari PROTEGE dari golongan graduan warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dengan pelaksanaan Projek REL bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tawaran adalah terbuka kepada semua orang yang berminat terutama graduan dalam pelbagai bidang yang berkaitan.
Calon yang berjaya mendapat penempatan akan menerima elaun bulanan sebanyak RM2,000 sebulan. Pastikan anda hantar permohonan melalui email dalam tempoh ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama majikan: Kementerian Pengangkutan Malaysia
- Nama program: Protege REL
- Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2023
JAWATAN DITAWARKAN
Kementerian Pengangkutan Malaysia menawarkan program Protege bagi jawatan-jawatan berikut:
- Protege Jurutera Elektrik
- Protege Jurutera Mekanikal
- Protege Jurutera Awam
FAEDAH PROGRAM
Antara faedah kepada calon yang berjaya mendapat penempatan Protege ini adalah:
- Elaun RM2,000 sebulan
- Cuti Tahunan
- SOCSO
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran program Protege di Kementerian Pengangkutan Malaysia adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Ijazah Sarjana Muda IPTA/ IPTS
- CGPA 2.50 ke atas
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
- Resume
- Salinan MyKad
- Salinan Transkrip Akademik
CARA MOHON
Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar dokumen-dokumen dinyatakan di atas kepada alamat emel berikut:
- nur_aisyah@mot.gov.my
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk: