Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

KPM Umum Proses Pertukaran Guru Akan Dibuat Empat Kali Setahun

Oleh Cikgu Shaari • May 19, 2022 • 2 min baca

KPM Umum Proses Pertukaran Guru Akan Dibuat Empat Kali Setahun
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Isu pertukaran guru telah berlarutan sekian lama. Inilah antara perkara utama yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berikan perhatian. KPM telah meneliti dan memperhalusi dengan mendalam perkara ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik. Permohonan pertukaran guru tahun 2022 akan dipermudahkan.

Jika sebelum ini, pertukaran hanya dibuat dua kali setahun, namun kini golongan pendidik boleh tersenyum lebar kerana menerusi pengumuman oleh KPM, pertukaran guru akan dibuat empat kali setahun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengumuman pertukaran guru empat kali setahun.

PROSES PERTUKARAN GURU 4 KALI SETAHUN

Penyusunan semula proses pertukaran guru melibatkan empat kali pertukaran setahun seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin baru-baru ini, memberi peluang lebih baik kepada golongan pendidik untuk bertukar tempat bertugas.

Seperti diumumkan, pertukaran guru akan dibuat empat kali setahun, iaitu pada:

  • Mac
  • Jun
  • September
  • Disember

Proses pertukaran itu akan dibuat mengikut kesesuaian tempat yang dipohon serta opsyen mata pelajaran di negeri terbabit.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha menambah baik semula beberapa struktur sistem pendidikan negara. Penambahbaikan lain yang akan diberi perhatian adalah penyediaan platform aplikasi penyusunan jadual dan pengredan sekolah di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Menteri KPM berkata sistem pengisian pangkalan data maklumat guru dan sebagainya turut akan diberi fokus oleh KPM bagi memudahkan urusan pertukaran dilaksanakan dengan mudah serta cekap.

Menurutnya aspek pembangunan dan kebajikan guru perlu diberi perhatian bagi memastikan pengoperasian sekolah serta tanggungjawab golongan tersebut dapat ditingkatkan kecekapannya ketika bertugas.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.