Program Selangor Saring: Pendaftaran Saringan Kesihatan Percuma Dibuka Buat Rakyat Selangor

Berita baik buat rakyat negeri Selangor! Selangor menawarkan saringan kesihatan percuma menerusi Program Selangor Saring melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.4 juta di bawah Belanjawan Selangor 2022. Kerajaan Selangor menyasarkan 39,000 orang akan mendapat manfaat menerusi program itu.

Exco Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program pengesanan penyakit itu membolehkan rawatan awal diberikan kepada pesakit dan membantu meningkatkan peluang untuk sembuh. Selepas ini tiada lagi alasan untuk pesakit tidak buat saringan kesihatan kerana masalah kewangan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Program Selangor Saring dan panduan buat pendaftaran.

PROGRAM SELANGOR SARING

Kerajaan Negeri Selangor bakal laksana program Selangor Saring bertujuan bagi:

  • Melakukan pengesanan awal penyakit
  • Saringan kesihatan membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal
  • Membantu meningkatkan peluang individu untuk sembuh

KATEGORI SARINGAN KESIHATAN

Program Selangor Saring menawarkan saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit, iaitu:

  • Penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang
  • Penyakit kanser (kanser kolorektal, prostat, serviks, payudara)
  • Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina

Program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.

PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM SELANGOR SARING

Bermula 16 Mei 2022, penduduk Selangor yang berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga (penyakit berjangkit), berat badan berlebihan dan gaya hidup tidak sihat digalakkan membuat pendaftaran di:

  • Aplikasi SELangkah
  • Talian hotline SUKA
  • Pusat Khidmat DUN

Setiap pemohon perlu melengkapkan borang saringan awal ketika proses pendaftaran yang bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang serta faktor risiko pemohon.

Individu yang layak akan menerima baucer untuk menjalani saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran di lokasi dan tarikh yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Selangor Saring, anda boleh rujuk di laman web rasmi www.selangorsaring.selangkah.my

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma