Proses Kemasukan Pelajar Ke Kampus UMS Mulai 1 Mac 2021
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dan menyedari kepentingan dalam memastikan keperluan program pengajian pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju untuk membenarkan 6 kategori pelajar IPT pulang ke kampus mulai 1 Mac 2021 bagi mengikuti PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian.
Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bersedia menerima kemasukan pelajar mulai 1 Mac dan telah menyediakan garis panduan kemasukan ke kampus UMS khas pada tarikh tersebut.
Isi Kandungan
TEMPOH KEMASUKAN
Tempoh kemasukan pelajar ke kampus UMS adalah:
- 1 hingga 5 Mac 2021
SEMAKAN KELULUSAN
Semua pelajar UMS perlu menyemak kelulusan layak masuk ke kampus melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di pautan berikut:
Pelajar juga diminta untuk mengisi penilaian Risk Assesment Tools melalui pautan berikut:
Pastikan anda cetak Surat Kebenaran masuk ke kampus dan Surat Perakuan Penilaian Risiko (Risk Assesment).
KEPERLUAN SWAB TEST
Pelajar Dari Sabah
- Wajib menjalani swab test (RTK-Ag) semasa hari pendaftaran di drop zone
- Menunggu keputusan swab test sebelum boleh bergerak ke kolej kediaman
Pelajar Dari Luar Sabah
- Wajib menjalani swab test (RT-PCR) di Hospital/ Klinik awam yang berdekatan dengan membawa Surat Kebenaran dan Kad Pelajar
- Swab test perlu dijalankan dalam tempoh 3 hari sebelum penerbangan ke Sabah
KEMBALI KE KAMPUS
Pelajar Dari Sabah
- Menyediakan dokumen seperti berikut:
i) Surat Kebenaran masuk ke kampus
ii) Surat Perakuan Penilaian Risiko - Pamer Surat Kebenaran masuk ke kampus di kaunter JHEP
- Bas disediakan dari terminal bas terus ke drop zone UMS
- Pelajar yang menaiki kenderaan persendirian dan bas dari terminal/ lapangan terbang akan terus ke drop zone untuk menjalani swab test dan tuntutan slip penempatan kolej kediaman
Pelajar Dari Luar Sabah
- Menyediakan dokumen seperti berikut untuk semakan di lapangan terbang:
i) Surat Kebenaran masuk ke kampus
ii) Surat Perakuan Penilaian Risiko
iii) Surat keputusan swab test (PCR) (Negatif) - Tuntutan slip penempatan kolej kediaman di kaunter JHEP
- Bas disediakan dari lapangan terbang terus ke kolej kediaman
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke media sosial Laman Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.