Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tarikh Mula Sesi Baru Persekolahan Rendah & Menengah Tahun 2023

Oleh Cikgu Shaari • November 29, 2022 • 2 min baca

Tarikh Mula Sesi Baru Persekolahan Rendah & Menengah Tahun 2023
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setelah tamat sesi persekolahan 2022/2023 pada Februari 2023 nanti, murid-murid akan memasuki sesi persekolahan baru. Sesi persekolahan kali ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini akibat daripada pelbagai kekangan yang berlaku di negara kira. Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mencari penyelesaian agar pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna.

Menurut takwim persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM, sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 bagi semua sekolah seluruh negara akan bermula pada Mac 2023. Ini bermakna pelajar sekolah rendah dan menengah akan memasuki darjah/ tingkatan baharu pada bulan Mac tahun 2023 nanti!

Ibu bapa dah boleh simpan tarikh ini untuk bersiap sedia masuk sekolah nanti. Semak tarikh kemasukan sekolah sesi 2023/2024 di perkongsian bawah.

CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Untuk makluman ibu bapa, cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan 2022/2023 bukanlah pada akhir tahun atau bulan Disember 2022 seperti sebelum ini.

Tarikh cuti akhir tahun persekolahan sesi 2022/2023 adalah pada:

  • Tarikh cuti akhir tahun persekolahan 2022:
    Kumpulan A: 17 Februari 2023 hingga 18 Mac 2023
    Kumpulan B: 18 Februari 2023 hingga 19 Mac 2023

Tempoh cuti akhir tahun persekolahan 2022/2023 adalah 23 hari seperti yang tertera dalam takwim persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM.

TARIKH MULA SESI PERSEKOLAHAN BAHARU 2023/2024

Oleh itu, pelajar akan mulakan sesi persekolahan baharu, iaitu Penggal 1 sesi 2023/2024 pada:

  • Tarikh mula sesi persekolahan baru 2023/2024:
    Kumpulan A: 19 Mac 2023
    Kumpulan B: 20 Mac 2023
Nota: Kumpulan A adalah sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B adalah sekolah-sekolah di negeri selain daripada 4 negeri tersebut.

Semak takwim persekolahan sesi 2022/2023 di bawah:

 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023

Ibu bapa yang nak rancang percutian atau pulang ke kampung bersama anak-anak pada cuti akhir tahun persekolahan nanti bolehlah rancang percutian anda sekarang! Semak dulu tarikh cuti pada tahun 2023 di kalendar 2023 di sini:

KALENDAR 2023 & JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.