Prosedur Pengujian & Kurantin Bagi Pengembara Yang Tiba Di Malaysia Mulai 1 April 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula pada 1 April 2022. Menurut Perdana Menteri, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kerajaan telah mengeluarkan 10 SOP yang bakal dikuatkuasa dalam fasa peralihan ke endemik. Ini adalah termasuk pembukaan sempadan negara.

Oleh yang demikian, orang ramai diminta ambil perhatian terhadap prosedur baharu pengujian dan kuarantin kepada pengembara yang tiba di Malaysia mulai 1 April 2022.

PROSEDUR PENGUJIAN DAN KUARANTIN PENGEMBARA

Berkuatkuasa 1 April 2022, berikut adalah prosedur pengujian dan kuarantin kepada pengembara yang tiba di Malaysia.  Prosedur pengujian dan kuaranti pengembara yang tiba di Malaysia adalah berbeza mengikut status vaksinasi individu.

Perincian prosedur melalui pengembaraan jalan darat akan diumumkan dalam masa terdekat.

PROTOKOL TIBA DI SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA

Ketibaan pengembara dari luar negara di sempadan/ pintu masuk antarabangsa Malaysia (PMA) mestilah memenuhi protokol baharu yang ditetapkan oleh kerajaan. Berikut adalah prosedur sebelum berlepas dan semasa ketibaan di PMA:

Prosedur Sebelum Berlepas

  1. Muat turun dan aktifkan aplikasi MySejahtera
  2. Lengkapkan borang pra-perlepasan di MySejahtera melalui ikon Pengembara
  3. Buat ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas atau profesional RTK-Ag 2 hari sebelum berlepas jika pengembara dijangkiti Covid-19 dalam masa 60 hari selepas berlepas
  4. Pembelian insuran Covid-19 dan pengembaraan

Ketibaan Di PMA

  1. Pemeriksaan suhu
  2. Ujian profesional RTK-Ag di kemudahan swasta di lapangan terbang semasa ketibaan ATAU di kemudahan persendirian semasa meninggalkan sempadan dalam masa 24 jam dari waktu ketibaan

Maklumat lanjut berkenaan prosedur kemasukan ke sempadan Malaysia akan dimaklumkan kemudian sekiranya mendapat makluman baharu.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma