Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Modal Kerja@BAP: Permohonan Pembiayaan Sehingga RM500,000 Buat Usahawan PKS

Oleh Cikgu Shaari • March 10, 2022 • 2 min baca

Modal Kerja@BAP: Permohonan Pembiayaan Sehingga RM500,000 Buat Usahawan PKS
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Modal Kerja@BAP atau Business Accelerator Program adalah program pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan PKS dengan kerjasama SME Bank dan SME Corp. Dibangunkan secara eksklusif untuk pembiayaan modal kerja tetap sahaja, usahawan mempunyai akses pembiayaan sehingga RM500,000.

Modal Kerja@BAP ditawarkan sehingga 31 Disember 2022 atau sehingga dana digunakan sepenuhnya. Mana-mana usahawan PKS yang memerlukan modal perniagaan melalui program pembiayaan yang ditawarkan boleh buat permohonan segera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pembiayaan Modal kerja@BAP dan panduan buat permohonan.

TUJUAN PEMBIAYAAN

Tujuan utama pembiayaan Modal Kerja@BAP ini ditawarkan kepada usahawan PKS adalah untuk kegunaan:

  • Modal kerja tetap untuk menampung kos overhed selama 6 bulan

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Nama program: Modal Kerja@BAP Business Accelerator Program
  • Tajaan: SME Bank dan SME Corp
  • Had pembiayaan: RM50,000 sehingga RM500,000
  • Kadar pembiayaan: 4.0%
  • Margin pembiayaan: Sehingga 100%
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun, termasuk tempoh pernafasan/ moratorium sehingga 12 bulan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Modal Kerja@BAP adalah dibuka kepada usahawan PKS yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  • PKS seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS kebangsaan
  • Pemilikan syarikat sekurang-kurangnya 60% oleh warganegara Malaysia
  • Pemilikan bagi perusahaan besar tidak melebihi 20%
  • Pemohon berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa/ pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak) atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional
  • Pengendali perniagaan sepenuh masa
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan
  • Penilaian SCORE hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas pembiayaan diluluskan

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan pembiayaan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan:

  • Kunjungi SME Bank dan SME Corp yang berhampiran

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan pembiayaan Modal Kerja@BAP, anda boleh hubungi pihak SME Bank di talian 03 2603 7700 atau terus ke laman web rasmi https://www.smebank.com.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.