Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Program Latihan Khas Institut Teknikal Jepun Malaysia. Elaun & Jaminan Pekerjaan Buat Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • March 7, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Latihan Khas Institut Teknikal Jepun Malaysia. Elaun & Jaminan Pekerjaan Buat Lepasan SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), Pulau Pinang ingin menawarkan program Latihan Khas kepada semua lepasan SPM khususnya kepada anak-anak anggota keselamatan atau anak keluarga B40 yang berkelayakan untuk menyertai Program TVET Talent JMTI-MICRON 2022.

Calon lepasan SPM yang layak akan mengikuti program yang berkonsepkan Place and train dimana peserta akan menjalani latihan dan diserap sebagai pekerja tetap di Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd sejurus menamatkan latihan dengan jayanya. Bagi yang betul betul berminat, pastikan anda buat pendaftaran sekarang! Tawaran dibuka kepada lepasan SPM di seluruh Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Program TVET Talent JMTI-MICRON 2022
  • Anjuran: Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Penempatan latihan & kerja: Micron Memohon Malaysia Sdn. Bhd.
  • Kelayakan minima: Lulus SPM
  • Tempoh latihan: 12 bulan (bermula Mac 2022)
  • Bidang: Elektronik Industri (NOSS EE-021-3:2012)
  • Tarikh tutup permohonan : 10 Mac 2022

STRUKTUR PROGRAM

Calon yang berjaya mendapat penempatan akan menyertai Program TVET Talent JMTI-MICRON 2022 bersama Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) selama 12 bulan. Program ini berkonsepkan Place and train dimana peserta akan menjalani latihan dan diserap sebagai pekerja tetap di Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd sejurus menamatkan latihan dengan jayanya.

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat kepada peserta yang berjaya mendapat penempatan di program latihan ini adalah:

  • Jaminan pekerjaan
  • Yuran latihan ditanggung sepenuhnya
  • Elaun wang saku diberi
  • Latihan yang menjurus kepada bidang pekerjaan

CARA DAFTAR

Sekiranya anda lepasan SPM yang berkelayakan, mempunyai minat dalam bidang latihan ditawarkan serta calon yang dicari-cari, pastikan anda buat permohonan segera sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 10 Mac 2022. Permohonan boleh dibuat dengan mudah, calon hanya perlu melengkapkan maklumat permohonan di pautan berikut:

Pastikan anda masukkan maklumat dalam borang permohonan dengan tepat untuk melengkapkan pencalonan bagi sesi temuduga oleh pihak JMTI. Temuduga akhir bagi calon yang berkelayakan akan dijalankan bersama pihak MICRON.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program latihan yang ditawarkan, anda boleh hubungi:

  • En. Mohammad Azlan (013-3978440) atau email azlan@jtm.gov.my
  • En. Mohd Zaidi (019-9192993) atau email mzaidi@jtm.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.