Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

Oleh Cikgu Shaari • March 7, 2022 • 3 min baca

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setelah tamat sesi persekolahan 2021/2022 pada Februari 2022 lepas, tidak lama lagi murid-murid akan memasuki sesi persekolahan baru. Sesi persekolahan kali ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini akibat daripada pelbagai kekangan yang berlaku di negara kira. Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mencari penyelesaian agar pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi semua sekolah seluruh negara akan bermula pada Mac 2022. Namun ada murid yang terus mula belajar secara bersemuka mengikut penggiliran dan ada yang perlu menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jadual penggiliran dan PdPR mengikuti tahap sekolah seperti yang ditetapkan oleh KPM.

TARIKH BUKA SEKOLAH SESI 2022/2023

Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi SEMUA SEKOLAH seluruh Malaysia akan bermula pada:

  • Tarikh buka sekolah sesi 2022/2023: Mulai 21 Mac 2022

Walaubagaimanapun, jadual kemasukan pelajar ke sekolah secara penggiliran ataupun PdPR adalah mengikut ketetapan KPM.

JADUAL PENGGILIRAN MURID & MURID TERLIBAT PDPR

Sekolah Rendah (Lebih 600 Murid)

Murid yang perlu hadir secara BERSEMUKA TANPA PENGGILIRAN:

  • Murid berkepeluan khas (MBK) di SK Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),
  • prasekolah
  • Tahun 1
  • Tahun 2
  • Tahun 6
  • Murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Murid yang perlu hadir SECARA PENGGILIRAN:

  • Tahun 3
  • Tahun 4
  • Tahun 5[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

 

Sekolah Rendah (Kurang 600 Murid)

Murid yang perlu hadir secara BERSEMUKA TANPA PENGGILIRAN:

  • Semua murid sekolah harian
  • Sekolah rendah swasta
  • Termasuk sekolah ekspatriat
  • Sekolah antarabangsa

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

Sekolah Menengah

SEMUA murid sekolah menengah menjalani:

  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): 2 minggu mulai 21 Mac 2022
  • Hadir secara bersemuka tanpa penggiliran: Mulai pada 4 April 2022

Semua ketetapan ini terpakai kepada murid sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah menengah KPM.

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

Sekolah Berasrama Penuh

Menjalani PdPR untuk tempoh 2 MINGGU mulai 21 Mac 2022 & BERSEMUKA tanpa penggiliran mulai 4 April 2022:

  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
  • Tingkatan 6
  • Prauniversiti
  • International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)
  • Kelas peperiksaan antarabangsa yang setara di sekolah berasrama sepenuhnya

Bagi murid TINGKATAN 1 yang BERJAYA memasuki sekolah berasrama penuh:

  • Pendaftaran secara online
  • Murid terlibat boleh milih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

Pengoperasian KV bagi murid Sijil Vokasional Malaysia (SVM) serta Diploma Vokasional Malaysia (DVM):

  • Diteruskan secara bersemuka tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik yang ditetapkan

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

Bagi pengoperasian kolej matrikulasi (KM):

  • Murid dibenarkan pulang pada cuti pertengahan semester dan cuti perayaan serta kembali semula ke kolej secara berperingkat

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula:

  • Semua program pengajian secara bersemuka adalah mengikut kalendar akademik yang sedang berkuatkuasa

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

PAKAIAN SERAGAM DAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

Murid digalakkan untuk memakai pakaian seragam sekolah. Walau bagaimanapun, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan jika pakaian seragam sekolah sedia ada tidak lagi sesuai dipakai.

Sekiranya ibu bapa/ penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Namun ibu bapa/ penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.

[Terkini] Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2022/2023 & Senarai Murid Terlibat Penggiliran/ PdPR 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.