Semakan & Permohonan

Cara Daftar Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)

January 28, 2022Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Usahawan di Pulau Pinang bakal dilahirkan di bawah Tunai Usahawan Zakat Pulau Pinang anjuran SME Corperation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP). Asnaf terpilih akan dibimbing melalui 3 fasa. Keutamaan akan diberikan kepada penerima bantuan keusahawanan asnaf & peserta bengkel seliaan Zakat Pulau Pinang.

Program TUZ dirangka bagi membantu menaik taraf kehidupan asnaf melalui aktiviti keusahawanan agar mampu menjana pendapatan jangka panjang selain membina daya tahan serta jati diri dalam menjalankan perniagaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang, MAINPP dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh permohonan: 28 Januari – 4 Februari 2022

PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dijalankan dengan kaedah berikut:

  • Perkongsian maklumat
  • Latihan pembangunan modal insan
  • Pengurusan kewangan
  • Pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam
  • Berumur di antara 18 – 46 tahun
  • Mempunyai lesen perniagaan SSM (sekurang-kurangnya telah berdaftar selama 6 bulan)
  • Tidak hamil/ dalam tempoh berpantang (pada tarikh tutup permohonan_
  • Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius (Contoh: Alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan)
  • Tidak pernah menjalani pembedahan/ mengalami patah tulang
  • Tiada rekod jenayah/ bankrap/ dalam tindakan mahkamah
  • Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  • Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 4 Februari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang di talian 011 2872 4558.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda