Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei • Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •

Cara Mohon Skim Bantuan Khas Projek Perumahan Lewat Siap LPPSA Untuk Tangguh Bayaran Ansuran Bulanan

Oleh Cikgu Shaari • January 28, 2022 • 3 min baca

Cara Mohon Skim Bantuan Khas Projek Perumahan Lewat Siap LPPSA Untuk Tangguh Bayaran Ansuran Bulanan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menawarkan Skim Bantuan Khas Projek Perumahan Lewat Siap 2022, iaitu kemudahan penangguhan bayaran balik ansuran bulanan selama 6 bulan bagi pelanggan LPPSA yang layak.

LPPSA prihatin dengan pelanggan yang terkesan akibat kelewatan kesiapan projek perumahan akibat pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan dan projek sakit/ bermasalah serta diberi tempoh pengecualian di bawah Akta 829 dan Akta A1641 – serahan milikan kosong/ serahan kunci. Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022 melalui beberapa saluran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SKIM BANTUAN KHAS PROJEK PERUMAHAN LEWAT SIAP 2022

Skim Bantuan Khas Projek Perumahan Lewat Siap 2022 adalah:

  • Penangguhan bayaran balik ansuran bulanan pembiayaan perumahan LPPSA sehingga 6 bulan

Skim ini disediakan bagi melegakan komitmen kewangan pelanggan yang terkesan dengan kelewatan kesiapan projek perumahan dan telah diberi tempoh pengecualian di bawah Akta 829 dan Akta A1641 – serahan milikan kosong/ serahan kunci.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sepanjang tempoh berikut:

  • 4 Februari 2022 – 31 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan terbuka kepada pelanggan LPPSA yang mempunyai hartanah dibawah pembiayaan LPPSA dengan pengeluaran bayaran mestilah kurang dari lapan puluh peratus (80%) dan telah diberi tempoh pengecualian di bawah AKta 829 dan Akta A1641 – serahan milikan kosong/ serahan kunci disebabkan kelewatan kesiapan projek perumahan seperti berikut:

  • Pemaju telah diberi tempoh pengecualian di bawah Akta 829 dan Akta A1641 – serahan milikan kosong/ serahan kunci oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah/ Sarawak menurut Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 [ Akta 829]
  • Projek yang diklasifikasikan sebagai projek sakit atau bermasalah oleh KPKT atau KKTP Sabah/ Sarawak
  • Projek perumahan oleh kontraktor yang berdaftar dibawah CIDB
  • Projek lain yang dianggap sesuai untuk pertimbangan LPPSA

Syarat permohonan bagi Skim Bantuan Khas Projek Perumahan Lewat Siap 2022 adalah:

  • Akaun pembiayaan berstatus aktif ketika permohonan
  • Arahan Potongan Gaji atau Pencen telah terlaksana
  • Tiada ansuran tertunggak melebihi 90hari
  • Akaun pembiayaan BUKAN dalam proses pembatalan dituntut sekaligus atau penyelesaian penuh
  • Tidak berhadapan dengan prosiding saman penghutang penghakiman atau kebankrapan
  • Pembiayaan BUKAN dalam tempoh penangguhan disebabkan cuti tanpa gaji separuh gaji

DOKUMEN DIPERLUKAN

Antara dokumen diperlukan untuk memohon adalah:

  • Surat Makluman Tarikh Serahan Milikan Kosong yang baru dari Pemaju/ Kontraktor dan
  • Surat Kelulusan bagi Permohonan Pengecualian tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Pemajuan yang Terjejas akibat Penularan Wabak Covid-19 dari KPKT atau KKTP Sabah/ Sarawak
  • Surat sokongan berkaitan projek yang diklasifikasikan sebagai projek bermasalah/ sakit oleh KPKT atau KKTP Sabah/ Sarawak;
  • Surat sokongan daripada CIDB bagi Kontraktor

CARA MOHON

Pelanggan LPPSA yang berkelayakkan boleh buat permohonan yang dibuka sehingga 31 Disember 2022 melalui saluran berikut:

  1. Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/ sehingga 3 Februari 2022 
  2. Portal SKIM BANTUAN KHAS PROJEK PERUMAHAN LEWAT SIAP 2022 melalui pautan https://bantu.lppsa.gov.my mulai 4 Februari 2022 – 31 Disember 2022

Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.