Tawaran Program Perantis TVET SLDN Industry4wrd. Terima Elaun RM1800, Latihan Kemahiran & Sijil

Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan revolusi industri 4.0? Pemecutan transformasi digitalisasi dan automasi memerlukan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran kerja. Jika anda adalah calon tersebut, sertailah PROGRAM SLDN INDUSTRY4WRD sekarang! Anda dapat menimba pengalaman sebenar bersama syarikat SLDN dengan bantuan tenaga pengajar bertauliah.

Peserta juga bakal menikmati elaun sebanyak RM 1200 X 2 bulan dan insentif tambahan sebanyak RM 600 setelah lulus ujian pentaksiran akhir. Tunggu apa lagi? Daftar sekarang!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

JURUSAN DITAWARKAN

Antara jurusan ditawarkan bagi program ini adalah:

  • Mekanikal
  • Pembuatan
  • Pengurusan Teknologi
  • Elektrik
  • Elektronik
  • Elektronik Komputer
  • Kejuruteraan Awam
  • Sains Komputer
  • Teknologi Digital
  • Mekanikal Automotif
  • Mekatronik

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat peserta yang menyertai program ini adalah:

  • Elaun RM1,200 sebulan ( x 2 bulan)
  • Elaun tambahan RM600 untuk perantis yang lulus pentaksiran akhir program
  • Sijil Penyata Pencapaian SLDN
  • Penempatan di Syarikat Berteknologi Industri 4.0
  • Electronic Printed Circuit Board Assembly Testing Module
  • Mechanical Precision Equipment & Instriment Calibration Control Module

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada peserta yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM Tahap 5)
  • Ijazah Sarjana

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh terus hubungi pegawai bertugas di alamat emel shahrulazman@mtdc.com.my atau hubungi talian 011 6229 2380.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma