Tawaran Program Perakaunan Profesional Buat Lepasan SPM Tajaan Penuh MAIPs
Pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2019 dan bakal duduki SPM tahun 2020 dari semua aliran matapelajaran dijemput untuk memohon kemasukan Program Perakaunan Profesional.
Program ini ditawarkan dengan tajaan penuh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis buat rakyat Perlis yang beragama Islam dan berkelayakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan program yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Tajaan: Majlis Agama Islam Perlis
- Tempoh Pengajian: 4 Tahun (sepenuh masa)
- Institusi: INTEC Education College, Shah Alam
KELEBIHAN KELAYAKAN
Antara kelebihan mendapat kelayakan perakaunan profesional adalah:
- Kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
- Permintaan yang tinggi terhadap akauntan profesional dalam semua sektor pekerjaan
- Peluang kerjaya yang luas di dalam dan luar negara
- Perkembangan kerjaya yang progresif
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mendapat tajaan program Perakaunan Profesional:
- Beragalama Islam
- Bermaustatin di Perlis
- Pendapatan Isi Rumah RM3000 dan ke bawah
- Berumur 19 tahun dan ke bawah
- Minimum 5A SPM termasuk Matematik dan B dalam Bahasa Inggeris
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program perakaunan profesional yang ditawarkan, anda boleh memohon sekarang secara online. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dikehendaki menyatakan keputusan percubaan SPM 2020 untuk pemilihan saringan awal. Kemasukan ke program ini masih tertakluk kepada keputusan sebenar SPM 2020.
Pemohon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan akan dihubungi
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program yang ditawarkan, anda boleh hubungi atau WhatsApp nombor berikut:
- Liyana: 012 – 919 0210
- Hafiz: 016 – 230 0482