Tawaran Pengajian Sijil & Diploma Di Institut Kemahiran Tinggi PERDA Secara Percuma, Elaun RM250 Sebulan Diberi
Peluang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tentu menjadi impian ramai. Tidak kira akademik atau kemahiran, kedua-duanya penting bagi meningkatkan tahap kelayakan dan kebolehpasaran diri seseorang sebelum menempuh alam pekerjaan.
Bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang pengajian berteraskan kemahiran, anda dipelawa untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) secara percuma! Bukan sahaja pengajian percuma, pelajar juga akan terima elaun bulanan sepanjang pengajian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pengajian dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.
Isi Kandungan
PENGIKTIRAFAN PERDA-TECH
PERDA-TECH adalah sebuah Institusi Latihan Kemahiran Awam di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) iaitu salah sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Ia diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi membolehkan institusi ini mengeluarkan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
Graduan yang menamatkan pengajian di sini juga menjadi buruan industri kerana kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
PERDA-TECH turut diiktiraf beberapa badan profesional lain seperti CISCO bagi bidang Teknologi Maklumat dan Suruhanjaya Tenaga bagi Kursus Pendawai PW2 untuk Program Sijil Teknologi Elektrik.
MANFAAT PENGAJIAN PERDA-TECH
Antara manfaat mengikuti pengajian di PERDA-TECH adalah:
- Yuran Perangjian PERCUMA (ditanggung oleh kerajaan)
- Elaun sara diri RM250 setiap bulan sepanjang pengajian (kecuali peringkat diploma)
- Penginapan dan pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)
SENARAI KURSUS PENGAJIAN PERDA-TECH
Setakat ini, PERDA-TECH menawarkan sebanyak 7 program di peringkat sijil dan 6 program di peringkat diploma:
Program Peringkat Sijil
- Sijil Teknologi Elektrik (SKM)
- Sijil Teknologi Kimpalan (SKM)
- Sijil Teknologi Automotif (SKM)
- Sijil Kejuruteraan Pertanian
- Sijil Kejuruteraan Mekanikal
- Sijil Seni Reka Pakaian
- Sijil Multimedia Kreatif
Program Peringkat Diploma
- Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKM)
- Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Maklumat) (DKM)
- Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DKM)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC Jitu
- Diploma MultimediaKreatif (Filem & Animasi)
Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknik (SAKTI)
Selain program di peringkat Sijil dan Diploma PERDA-TECH juga menyediakan empat program khas untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik menyambung pengajian dalam bidang kemahiran.
Senarai Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) adalah seperti berikut :
- Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (Kimpalan)
- Sijil Kemahiran Khas Mekanik Kenderaan (Automotif)
- Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju (Senireka Fesyen)
- Sijil Kemahiran Khas Pendawaian Elektrik
Bagi individu yang berminat untuk mengikuti program peningkatan kemahiran atau kemahiran semula, PERDA-TECH turut menyediakan program jangka pendek menerusi Unit CoAS dalam bidang kemahiran kepada komuniti dan pekerja industri.
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan mengikuti peengajian di PERDA-TECH adalah:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf dengannya
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 dan ke atas)
- Berumur tidak kurang 18 tahun
- Tidak mengalami masalah rabun warna
- Mendapat SATU kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
CARA MOHON & TARIKH PENTING PENGAMBILAN
Sekiranya anda berminat untuk ikuti pengajian di PERDA-TECH seperti dinyatakan di atas dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui beberapa saluran berikut:
- Laman web: www.perda-tech.edu.my
- Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH: http://intake.perda-tech.edu.my
- Google Form: http://tiny.cc/PermohonanSesiJulai2022
Pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 30 Jun 2022 bagi mohon kemasukan sesi Julai 2022.
Semak tarikh-tarikh penting pengambilan pelajar sesi Julai 2022 di bawah:
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program serta kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH layari laman sesawang www.perda-tech.edu.my atau ikuti perkembangan terkini menerusi laman Facebook, Instagram dan saluran YouTube rasmi PERDA-TECH.