9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan • 9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •

Cara Mohon SPS Padanan Caruman, Terima Insentif Kerajaan RM186.20 Buat Orang Bekerja Sendiri

Oleh Cikgu Shaari • March 14, 2022 • 3 min baca

Cara Mohon SPS Padanan Caruman, Terima Insentif Kerajaan RM186.20 Buat Orang Bekerja Sendiri
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat individu yang bekerja sendiri! Kerajaan akan menyediakan bantuan padanan caruman sebanyak 80% di bawah Pelan 2 keselamatan sosial bagi kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Caruman boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian di Portal Matrix!

Jangan sia-siakan insentif yang disediakan oleh kerajaan ini. Orang Bekerja Sendiri digalakkan untuk buat caruman sendiri dengan cara lebih mudah untuk memohon dan membayar caruman SPS Padanan Caruman di bawah Bajet 2022.

SKSPS akan memastikan anda dilindungi daripada bencana pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

SPS PADANAN CARUMAN

  • SPS Khidmat di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2022 di Parlimen bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  • Kerajaan akan menyediakan bantuan padanan caruman sebanyak 80% di bawah Pelan 2 keselamatan sosial bagi kumpulan sasaran OBS di bawah SKSPS
  • Kerajaan menerusi SPS Padanan Caruman menyediakan insentif padanan caruman sebanyak 80% (RM186.20) di bawah Pelan Caruman Kedua Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO kepada 8 kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri untuk dilindungi oleh PERKESO.

TEMPOH PERMOHONAN SPS PADANAN CARUMAN

Permohonan SPS Padanan Caruman untuk Orang Bekerja Sendiri yang layak boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 11 Mac 2022 sehingga 31 Disember 2022

KUMPULAN SASARAN

Kerajaan menerusi SPS Padanan Caruman menyediakan insentif padanan caruman di bawah Pelan Caruman Kedua Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO kepada 8 kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri berikut:

  • SPS Usahawanita
    – Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor
  • SPS Asal
    – Orang asli/ berasal dari Sabah dan Sarawak yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor
  • SPS GIG
    – Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor
  • SPS Jaja
    –  Sektor Penjaja (Pasar, gerai/ kiosk dan food truck)
  • SPS Tani
    – Sektor Pertanian, Sektor Perikanan (termasuk akuakultur), Sektor Penternakan dan Sektor Perhutanan
  • SPS Seni
    – Sektor kesenian yang terdiri daripada artis, penyanyi, pelakon, kru produksi, kraftangan, jurufoto dan sebagainya
  • SPS Lancong
    – Sektor Pelancongan termasuklah homestay, ejen pelancongan dan sebagainya
  • SPS Lain Upaya
    – Orang kurang upaya yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan SPS Padanan Caruman adalah terbuka kepada Orang Bekerja Sendiri kumpulan sasaran yang berkelayakan seperti berikut:

  • Bertaraf Warganegara Malaysia / pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

CARA MOHON SPS PADANAN CARUMAN

Permohonan dan bayaran secara persendirian boleh dilakukan di pejabat PERKESO berdekatan atau di Portal Matrik melalui pautan di bawah:

Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahgain SPS (spsfaedah@perkeso.gov.my( untuk pendaftaran. Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran RM46.60 daripada pemohon kepada PERKESO.

Antara dokumen yang diperlukan untuk buat permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Surat pengesahan daripada agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor

Untuk maklumat lanjut berkenaan SPS Padanan Caruman, anda boleh terus ke laman https://matrix.perkeso.gov.my/. SKSPS akan memastikan anda dilindungi daripada bencana pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.