Sertai Program Peneraju Skil Iltizam Insulation Pipe Gas Secara Percuma. Sesuai Untuk Lepasan Spm

Anda lepasan SPM atau berumur antara 18 hingga 23 dan minat bidang kemahiran? Buat lepasan SPM yang memperoleh keputusan yang kurang memberangsangkan anda juga layak untuk buat permohonan ini.

Jangan jadikan kegagalan anda sebagai penghalang untuk anda berjaya kerana peluang kejayaan anda masih terbuka jika anda sertai Program Peneraju Skil Iltizam Insulation Pipe Gas anjuran Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju).

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan serta cara untuk membuat permohonan program ini.

PROGRAM PENERAJU SKIL ILTIZAM INSULATION PIPE GAS

Program Peneraju Skil Iltizam Insulation Pipe Gas adalah inisiatif untuk memenuhi kekurangan tenaga kerja mahir industri minyak & gas serta industri yang berkaitan.

Dalam memenuhi permintaan ini, program ini memberi peluang kepada pelajar keciciran yang tidak cenderung kepada bidang akademik untuk menjadikan bidang teknikal atau vokasional sebagai fokus kerjaya.

Bukan itu sahaja, program ini juga membolehkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dengan pendapatan minima sebanyak RM1,500 sebulan dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas tamat latihan.

SYARAT PERMOHONAN

Bagi calon yang berminat untuk membuat permohonan, pastikan anda semak syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan ini:

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Umur di antara 18-23 tahun semasa mengikuti program
  • Boleh menulis, mengira dan membaca
  • Berminat memasuki program yang merangkumi latihan serta pekerjaan
  • Tidak memiliki apa-apa sijil SKM/Diploma/Ijazah
  • Kuat dan sihat tubuh badan untuk bekerja dalam industri berkaitan serta bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol yang disahkan oleh Pegawai Perubatan /deklarasi kesihatan calon

PELUANG YANG DITAWARKAN PROGRAM

Program ini akan dijalankan selama satu (1) tahun empat (4) bulan yang merangkumi empat (4) bulan latihan teori dan praktikal serta satu (1) tahun pemantauan pekerjaan.

Selepas tamat tempoh latihan yang dijalankan peserta akan ditawarkan pekerjaan dalam bidang minyak & gas serta industri berkaitan bergantung kepada prestasi peserta sepanjang kursus dijalankan.

PEMBIAYAAN SEPANJANG PROGRAM

Sepanjang tempoh program, peserta akan ditanggung dari segi:

  • Yuran pengajian dan pensijilan
  • Program Pembangunan & Pemupukan (Nurture & Develop Programme)
  • Penginapan
  • Insurans
  • Makanan & Minuman
  • Pengangkutan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi Yayasan Peneraju atau terus berhubung dengan rakan program ini iaitu Ranaco Marine Sdn Bhd di talian 019-9826604 / 019-9888409. Permohonan juga boleh dilakukan melalui aplikasi WhatsApp di 019 – 9992759 atau 019 – 0199888649.

Tempat adalah terhad.  Permohonan akan dibuka sehingga 30 April 2020. Jika anda berminat, pastikan anda buat permohonan sekarang sebelum kuota dipenuhi dan tarikh tutup tiba.