Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 • Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 •

Tawaran Program Pemerkasaan Penjanaan Pendapatan Wanita Percuma Anjuran JPW

Oleh Cikgu Shaari • September 27, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Pemerkasaan Penjanaan Pendapatan Wanita Percuma Anjuran JPW
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan (PPWNS) ingin mempelawa wanita yang bermastautin di Negeri Sembilan untuk menyertai dan menjadi peserta bagi Program Pemerkasaan Penjanaan Pendapatan Wanita iaitu WeJANA & WeBRIDGE.

Para wanita di seluruh negara yang berminat untuk memulakan dan membangunkan perniagaan adalah dipelawa untuk sertai program yang ditawarkan. Program ini adalah percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM PEMERKASAAN PENJANAAN PENDAPATAN WANITA

Berikut adalah 2 program yang ditawarkan melalui Program Pemerkasaan Penjanaan Pendapatan Wanita:

Program WeJANA

WeJANA merupakan satu program Latihan & Bimbingan untuk tujuan memulakan perniagaan kendiri serta menumpukan aspek pembangunan perniagaan.

Syarat penyertaan WeJANA adalah:

  • Wanita yang bermastautin di Negeri Sembilan
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Berminat untuk memulakan dan membangunkan perniagaan

Program akan berlangsung pada pertengahan Oktober 2022 (tarikh akan dimaklumkan). Penginapan, makanan dan minuman disediakan

Program ini adalah PERCUMA dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.

Program WeBRIDGE

WeBRIDGE merupakan satu program yang bertujuan menghubungkan wanita yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan ke platform e-commerce sedia ada dan ingin meluaskan capaian perkhidmatan perniagaan.

Syarat penyertaan WeBRIDGE adalah:

  • Wanita bermastautin di Negeri Sembilan
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Peserta telah mempunyai perniagaan kecil-kecilan

Program akan berlangsung pada pertengahan Oktober 2022 (tarikh akan dimaklumkan). Penginapan, makanan dan minuman disediakan

Program ini adalah PERCUMA dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program adalah seperti berikut:-

  • Memberi peluang kepada wanita yang terkesan dengan pandemik untuk bangkit terutamanya dalam bidang penjanaan pendapatan;
  • Membimbing wanita kumpulan sasar untuk menjana pendapatan kendiri;
  • Memberi latihan yang sistematik dalam memulakan perniagaan, khususnya perniagaan dalam talian; dan
  • Membina jaringan di antara kumpulan sasar supaya dapat menyokong antara satu sama lain.

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat untuk daftar program yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ini serta berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online melalui pautan yang disediakan di bawah:

Borang Pendaftaran Program WeJANA

Borang Pendaftaran Program WeBRIDGE

Tarikh tutup pendaftaran adalah sebelum atau pada 2 Oktober 2022. Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak urus setia/penganjur. Jangan lepaskan peluang ini, daftar sekarang!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.