Program Latihan Untuk Siswazah Dengan Elaun RM500 Sebulan. Tajaan Penuh Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Pahang Skills Development Centre menawarkan latihan untuk siswazah lepasan Diploma dan Ijazah yang dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan sahaja.

Elaun bulanan disediakan sebanyak RM500 sebulan kepada peserta. Graduan yang telah graduasi dalam tempoh 3 tahun boleh sertai program yang ditawarkan untuk mendalami kemahiran dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk sertai program:

  • Bumiputera
  • Lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan & Teknologi
  • CGPA minimum 2.50
  • Umur 21 hingga 26 tahun
  • Pendapatan ibu bapa di bawah RM8,000
  • Tidak bekerja dalam tempoh latihan
  • Tidak melebihi 3 tahun selepas bergraduasi

PROGRAM YANG DITAWARKAN

1. EXPERT CRAFTMAN ELECTRIC & ELECTRONIC ENGINEERING – ECP EE (20 pax)

  • Syarat kelayakan: Lepasan DIPLOMA dan IJAZAH dalam bidang Kejuruteraan, Elektronik, Elektrik dan Sains.
  • Persijilan: HWK Aachen, Germany

2. SIEMENS PLC PROGRAMMING with IoT INTEGRATION (20 pax)

  • Syarat kelayakan: Lepasan IJAZAH dalam bidang Kejuruteraan, Instrument, Elektronik, Elektrik dan Sains.
  • Persijilan: SIEMENS MALAYSIA

3. DRONE TECHNOLOGY (10 pax)

  • Syarat kelayakan: Lepasan DIPLOMA dan IJAZAH dalam bidang Kejuruteraan & Teknikal.
  • Persijilan: City & Guilds, Inst of Drone Technology Australia.

PELAKSANAAN PROGRAM

Berikut adalah maklumat pelaksanaan program yang ditawarkan:

  • Tempoh pengajian: 2 bulan
  • Kelas: Sepenuh masa
  • Waktu Latihan: Isnin – Jumaat / 9 pagi – 5 petang
  • Lokasi: Pahang Skills, Semambu, Kuantan

CARA MEMOHON

Tempat adalah terhad, sekiranya anda berminat untuk mohon, isi permohonan sekarang sebelum penuh. Klik pautan di bawah untuk membuat permohonan online:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Adhan di talian 011 1650 3928, Azie di talian 010 245 5600 atau Aizzat di talian 017 942 1975.

Program Latihan Untuk Siswazah Dengan Elaun RM500 Sebulan. Tajaan Penuh Kerajaan Malaysia

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma