Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Daftar Program Latihan Kemahiran IPC MARii. Peluang Kerja & Elaun Bulanan RM1,000 Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • May 10, 2021 • 2 min baca

Daftar Program Latihan Kemahiran IPC MARii. Peluang Kerja & Elaun Bulanan RM1,000 Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun dipelawa untuk merebut peluang mendapatkan latihan dan kerja dalam bidang kemahiran menerusi Program Industry-Led Profesional Certicate (IPC) di bawah kendalian agensi MITI, iaitu Institut Automatik, Robotik dan loT Malaysia (MARii).

IPC adalah salah satu program pembangunan modal insan dengan kerjasama pelbagai industri untuk melahirkan pengendali dan juruteknik yang mahir bagi memenuhi keperluan industri dalam sektor pembuatan dan lepas jualan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.

Program ini memberi tumpuan kepada latihan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Program Industry Led Professional Certificate (IPC)
  • Tempoh latihan: 6 bulan

TARIKH KEMASUKAN

Individu yang berminat boleh membuat pendaftaran bagi kemasukan salah satu tarikh berikut:

  • 17 Mei 2021
  • 24 Mei 2021
  • 31 Mei 2021

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program ditawarkan adalah:

  • Peluang pekerjaan tetap
  • Latihan diberikan
  • Tiada yuran dikenakan
  • Elaun RM200 (Bulan pertama) dan RM1,000 (Bulan seterusnya)
  • Penginapan, makan dan minum disediakan
  • Perlindungan Insurans semasa latihan
  • Pekerjaan dijamin selepas tamat program
  • Sijil IPC diiktiraf oleh kerajaan & industri

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan kemasukan ke program ditawarkan boleh dibuat oleh individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki dan Perempuan
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Memiliki SIjil Berhenti Sekolah/ SPM/ SKM/ Diploma dan Institusi Latihan Tempatan atau setaraf
  • Calon mempunyai sijil UPSR/ PMR/ PT3 akan dipertimbangkan

SYARIKAT KERJASAMA

Berikut adalah senarai syarikat yang bekerjasama dengan Program IPC:

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan, anda boleh buat pendaftaran sekarang secara online di pautan berikut:

Pemohon yang berjaya mendapat tawaran program akan mengikuti latihan sambil bekerja selama 6 bulan dan menjadi tenaga kerja mahir.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program IPC, anda boleh ajukan pertanyaan ke saluran berikut:

  • Email: info@marii.my
  • Tel: +6019-434 5172
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.