Cara Mohon Jawatan Guru Tabika Perpaduan Terbuka Buat Lepasan STPM/ Diploma

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan dipelawa untuk mohon jawatan sebagai Guru Tabika Perpaduan di Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor seperti yang diiklankan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan borang permohonan di alamat yang dinyatakan selewat-lewatnya pada 17 Mei 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan membuat permohonan jawatan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Agensi: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
  • Jawatan: Guru Tabika Perpaduan Gred S29
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Bilangan Kekosongan: 11
  • Lokasi Keksosogan: Selangor
  • Tarikh tutup: 17 Mei 2021

SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Terdiri daripada Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
  • Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di Negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja

DESKRIPSI TUGAS

Tugas bagi jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika
  • Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran serta pembelajaran kanak-kanak
  • Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di tabika
  • Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen sokongan sebanyak 3 set salinan berikut:

  • Gambar terkini (berukuran passport)
  • Salinan Mykad
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Transkrip akademik
  • Salinan Sijil SPM

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan perpaduan negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau di bawah perkongsian ini.

Permohonan daripada Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab A Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan bersama dokumen sokongan dan dihantar ke alamat berikut:

  • Pengarah
    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
    Tingkat 9, Wisma PKPS
    Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
    40517 Shah Alam

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN GURU TABIKA PERPADUAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma