Daftar KPT-MTDC: Program Kebolehpasaran Graduan. Peluang Pekerjaan & Elaun Bulanan Disediakan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) akan melaksanakan Program Kebolehpasaran Graduan 14.0 (GE i4.0) 2020-2021.

Tawaran adalah kepada pelajar tahun akhir daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara dan graduan yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2020.

Peserta yang berkelayakan berpeluang ditawarkan pekerjaan di industri berteraskan teknologi dalam ekosistem MTDC dan rakan strategik yang mewakili pelbagai Industri

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program ditawarkan adalah bagi:

  • Menawarkan peluang penempatan pekerjaan di syarikat berteraskan teknologi
  • Menyemarakkan kesedaran dan pengetahuan dalam industri 4.0
  • Memperkenalkan program peningkatan bakat (upskilling) dan pengisian semula (reskilling) sepadan dengan permintaan tempat kerja bagi syarikat berteraskan teknologi dan rakan industri yang lain
  • Memberi pendedahan kepada bakat baharu terhadap amalan industri dan piawaian yang sejajar dengan industri 4.0

KRITERIA KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Lulusan Diploma atau Ijazah
  • Graduan lulusan STEM, Technical, Perniagaan, Kewangan dan Pemasaran
  • Terbuka kepada pelajar semester akhir Universiti dan Politeknik (telah menamatkan pengajian pada 2020)

MAKLUMAT PROGRAM

  • Tempoh Program: Februari ~ April 2021
  • Elaun bulanan disediakan buat peserta

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai program yang ditawarkan, anda boleh daftar sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu pada 15 Disember 2020. Rebutlah peluang ini dan daftar sekarang di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai program kebolehpasaran graduan yang ditawarkan, anda boleh terus rujuk di laman Facebook Malaysian Technology Development Corporation.

Daftar KPT-MTDC: Program Kebolehpasaran Graduan. Peluang Pekerjaan & Elaun Bulanan Disediakan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma