Program Jana Niaga MARA Shopee: Terima Geran Baucar & Kredit Iklan RM800

MARA mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee. Program Jana Niaga MARA Shopee adalah inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian.

Para peniaga yang sedang bergiat meniaga di platform Shopee dan sedang berusaha meningkatkan pemasaran adalah dipelawa untuk mohon bagi membuka peluang lebih cerah dalam perniagaan di platform Shopee.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Program Jana Niaga MARA Shopee serta panduan membuat permohonan.

MANFAAT PROGRAM JANA NIAGA SHOPEE

Antara manfaat diperoleh daripada Program Jana Niaga Shopee adalah:

  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucar e-Kedai Bernilai RM400
  • Kredit Iklan bernilai RM400

Program ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja) dan bimbingan dan pemantauan.

SYARAT PENYERTAAN

  • Usahawan status Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar SSM/PBT (Sabah dan Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • E-Kedai di Shopee mempunyai 5 SKU dan keatas
  • Usahawan bersetuju syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa

CARA MEMOHON

Borang permohonan bagi peniaga yang berminat untuk menyertai program yang ditawarkan kini dibuka sehingga 5 Mac 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang. Klik pautan di bawah untuk mengisi borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN PROGRAM JANA NIAGA MARA

E-kedai usahawan yang berjaya akan dimasukkan kee-Mall Jana Niaga MARA untuk menerima Baucer kedai dan kredit iklan. E-Mall Jana Niaga MARA juga menawarkan baucer diskaun dan baucer free shipping kepada pembeli.

Yuran komitmen bagi penyertaan program adalah sebanyak RM100.00. Hanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat. Usahawan yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA di:

  • Mohamad Fahriz – 03-26134324 / 013-8835533
  • Mohd Yazid – 03-26134328 / 018-2119793
  • Hazila – 03-26134818 / 019-9174495

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma