Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT Dibuka. Terima Elaun RM3,000 Sebulan

Adalah dimakumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT) bagi tahun 2021 kini telah dibuka mulai 21 Februari 2021. Penawaran ini adalah dibuka kepada pelajar Doktor Falsafah (Ph. D) tempatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sahaja.

Pemohon yang berminat dengan biasiswa yang ditawarkan boleh rujuk syarat-syarat  permohonan di dalam borang permohonan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Biasiswa Tuanku Cancelor (BTC) & Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT).

KEMUDAHAN BIASISWA

Biasiswa Tuanku Cancelor (BTC)

  • Penajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum);
  • Penajaan yuran tesis satu (1) kali dalam tempoh tajaan;
  • Elaun bulanan sebanyak RM3,000.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum);
  • Pembiayaan penyertaan seminar sebanyak RM5,000.00 sepanjang tempoh tajaan (maksimum)

Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT)

  • Penajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum);
  • Penajaan yuran tesis satu (1) kali dalam tempoh tajaan;
  • Elaun Bulanan sebanyak RM1,800.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum);
  • Pembiayaan Penyertaan Seminar sebanyak RM3,000.00 sepanjang tempoh tajaan (maksimum).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon yang perlu dipenuhi:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mendapat tawaran bagi mengikut Program Doktor Falsafah (PhD) di UMT mod penyelidikan secara sepenuh masa;
  • Sedang mengikuti pengajian program Doktor Falsafah (PhD) di UMT mod penyelidikan secara sepenuh masa dan berstatus aktif;
  • Tidak bekerja dalam tempoh tajaan;
  • Tidak menerima apa-apa peruntukan, pinjaman, bantuan kewangan atau anugerah lain daripada mana-mana agensi atau institusi lain dalam tempoh penajaan bagi tujuan pengajian Doktor Falsafah (PhD);
  • Penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam niche area UMT:
    i) Oceanography and Marine Science
    ii) Aquaculture
    iii) Marine Biotechnology
    iv) Sustainable Environment
    v) Food Security
    vi) Socio-Economic Development

DOKUMEN SOKONGAN

Proses pemilihan BTC & BUMT berdasarkan permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan berikut;

  • Salinan kad pengenalan yang disahkan benar;
  • Salinan sijil-sijil akademik yang disahkan benar;
  • Salinan surat tawaran pengajian yang disahkan benar;
  • Cadangan penyelidikan (ditaip tidak melebihi 5 mukasurat di mana ianya hendaklah terdiri daripada Objektif, Metodologi Kajian, Jangkaan Hasil Penyelidikan dan Senarai Rujukan (5 rujukan sahaja);
  • Kertas penerbitan (jika ada);
  • Dokumen lain yang berkaitan (jika ada).

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan biasiswa bagi tahun 2021 adalah dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 21 Februari hingga 21 Mac 2021

CARA MOHON

Pelajar yang layak dan ingin memohon biasiswa yang ditawarkan boleh mohon sekarang melalui borang permohonan yang boleh didapatkan di Portal Rasmi Akademik UMT di pautan berikut:

Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan mestilah dihantar ke alamat berikut:

  • Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti
    Universiti Malaysia Terengganu
    21030 Kuala Nerus, Terengganu
  •  No. Telefon: 09-6684214
  • No. Faks: 09-6684148
  • Emel: ppak@umt.edu.my

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti di talian 09-6685057 (Pn. Amalina) atau e-mailkan kepada gso@umt.edu.my.

Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT Dibuka. Terima Elaun RM3,000 Sebulan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma