Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Pendaftaran Graduan Program Graduate Capacity & Employability Dibuka. Elaun Bulanan Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • September 15, 2021 • 2 min baca

Pendaftaran Graduan Program Graduate Capacity & Employability Dibuka. Elaun Bulanan Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

PROTEGE memperkenalkan program Program Graduate Capacity & Employability (GRACE), sebuah program untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET dan Sijil Kemahiran melalui penempatan latihan serta pendedahan berkaitan keusahawanan melalui on the job training.

Pendaftaran adalah percuma! Peserta juga akan diberi elaun bulanan sepanjang latihan dijalankan. Graduan yang berminat untuk membina kerjaya dan kemahiran dipelawa untuk mohon sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran buat graduan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Program Graduate Capacity & Employability (GRACE)
  • Anjuran: PROTEGE
  • Tempoh program: Maksimum 8 bulan
  • Penempatan: Syarikat-syarikat yang dilantik
  • Tarikh pendaftaran: 17 Ogos hingga 21 September 2021
Nota: Penempatan peserta akan ditentukan oleh Sekreteriat PROTEGE mengikut kesesuaian peserta

Pendaftaran Graduan Program Graduate Capacity & Employability Dibuka. Elaun Bulanan Disediakan

SYARAT KELAYAKAN

Pendaftaran program GRACE dibuka kepada invididu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Graduan lepasan TVET
  • Graduan lepasan Sijil Kemahiran
  • Pemegang kad OKU JKM sekiranya graduan OKU
  • Keutamaan kepada graduan dalam golongan B40
  • Tidak bekerja (menanganggur)
  • Graduan baru menamatkan pengajian perlu mendapatkan surat pengesahan tamat belajar
  • Tamat pengajian daripada institusi kemahiran
  • Tidak pernah menyertai program Ready To Work (RTW)

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat mengikut program ini adalah:

  • Elaun bulanan disediakan
  • Penempatan latihan bersama Anchor
  • Dapat meningkatkan kebolehpasaran diri
  • Mempunyai ilmu asas untuk memulakan perniagaan sendiri

CARA DAFTAR GRACE

Untuk menyertai program GRACE, anda dikehendaki memohon secara atas talian (online) menerusi laman web Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di pautan berikut:

Anda boleh muat turun borang permohonan permohonan peserta di bawah dan kembalikan borang yang telah lengkap bersama dokumen yang dinyatakan ke salah satu alamat berikut:

  • Sekretariat PROTEGE, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
    Aras 2, Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62668, Putrajaya
  • Emel: protege.grace@medac.gov.my

download borang permohonan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke FAQ GRACE.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.