MyUBAT KKM: Cara Buat Temu Janji Pengambilan Ubat & Hantar Ubat Melalui Pos

Aplikasi MyUBAT, adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membolehkan pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan dengan menggunakan telefon pintar. MyUBAT dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia.

Ramai tak tahu menggunakan kemudahan MyUBAT yang disediakan untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemudahan aplikasi MyUBAT dan panduan pendaftaran.

KEMUDAHAN MYUBAT

MyUBAT adalah aplikasi telefon pintar untuk:

  • Memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Membolehkan pesakit memantau temu janji perkhidmatan nilai tambah farmasi

PERKHIDMATAN MYUBAT

Terdapat dua perkhidmatan nilai tambah farmasi yang disediakan pada masa ini iaitu:

  • Sistem Temu Janji
    Pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan di fasiliti kesihatan pada tarikh temu janji yang telah dipersetujui antara pesakit dan pihak farmasi
  • Ubat Melalui Pos (UMP)
    Bekalan ubat susulan pesakit boleh dihantar oleh syarikat penghantaran ke lokasi pilihan pesakit dengan caj tertentu.

HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN YANG DITAWARKAN

Aplikasi MyUBAT boleh digunakan untuk pengambilan bekalan ubat di:

  • Hospital atau klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Layari laman web berikut untuk menyemak senarai fasiliti KKM yang menyediakan perkhidmatan MyUBAT:

Perkhidmatan ini TIDAK DITAWARKAN di hospital berikut:

  • Hospital Pengajar (UM, UKM, USM, UiTM, UPM)
  • Hospital Angkatan Tentera
  • Institut Jantung Negara (IJN)

UBAT YANG BOLEH DIHANTAR MELALUI POS

Ubat yang boleh dihantar melalui pos adalah dua jenis berikut:

  • Ubat tablet
  • Ubat kapsul

Antara ubat yang TIDAK BOLEH dihantar melalui pos dan perlu diambil di kaunter farmasi ialah:

  • Ubat simpanan peti sejuk
  • Ubat cecair
  • Ubat psikotropik

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI MYUBAT

Untuk menggunakan kemudahan yang ditawarkan, anda perlu muat turun aplikasi MyUBAT di telefon pintar anda. Ikut langkah berikut:

Untuk sebarang pertanyaan mengenai aplikasi MyUBAT, anda boleh hantarkan email ke alamat myubat@moh.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma