FutureReady YTAR: Daftar Program Peningkatan Kemahiran Belia & Terima Geran Pendidikan RM150,000

Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dipelawa untuk mengikuti Program FutureReady yang ditawarkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) bagi membina kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran kerja belia.

FutureReady ialah program yang bertujuan untuk membantu belia B40 berkembang maju dalam pasaran kerja siswazah yang kompetitif hari ini. Dengan kerjasama Accenture Malaysia, FutureReady akan meningkatkan Kemahiran pelajar dalam bidang utama yang diperlukan untuk kerjaya yang berjaya dalam industri perkhidmatan profesional.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

FutureReady ialah program yang bertujuan untuk membantu belia B40 berkembang maju dalam pasaran kerja siswazah yang kompetitif hari ini.

  • Nama program: Program FutureReady
  • Anjuran: Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
  • Tempoh program: 4 bulan (September – Disember)
  • Tarikh tutup permohonan: 12 Ogos 2022

FutureReady menyediakan kandungan khusus, latihan praktikal dan bimbingan peribadi untuk pelajar di mana mereka akan mempelajari cara perunding teknologi moden. Pada akhir program, pelajar ini akan menjalani cabaran kajian kes, yang mana, mereka akan mengemukakan penyelesaian terakhir mereka kepada panel hakim yang terdiri daripada pemimpin dari Accenture Malaysia dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat kepada peserta program FutureReady YTAR ini adalah:

  • Berkebolehan untuk selesaikan masalah seperti perunding
  • Akses kepada bimbingan dan rangkaian dengan korporat profesional
  • Peluang memenangi geran pengajian dalam lingkungan RM150,000

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada belia yang berkelayakan seperti berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia daripada universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian. (YTAR akan mengutamakan pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir, pelajar Sarjana tahun akhir dan graduan menganggur).
  • Memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi.
  • Berasal daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah).

STRUKTUR PROGRAM

Berikut adalah struktur program FutureReady YTAR:

  1. Self Study Month
    Program ini akan dimulakan dengan tempoh pembelajaran kendiri di mana peserta akan dibekalkan dengan bahan pembelajaran
  2. Tutorial Sessions
    Peserta akan menyertai sesi interaktif yang diajar oleh pengamal industri
  3. Pitch Preparation
    Pasukan perlu menyediakan “pitch” untuk penyelesaian mereka di bawah bimbingan seorang mentor
  4. Pitch Day
    Pasukan akan mengemukakan kepada panel hakim kami yang akan menganugerahkan mereka dengan geran pendidikan daripada kumpulan RM150,000
  5. Award Ceremony
    Pasukan akan menerima geran pendidikan mereka berdasarkan prestasi pitching mereka semasa Pitch Day

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan bagi mengikuti program FutureReady YTAR, anda boleh buat permohonan secara online sehingga 12 Ogos 2022. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan program FutureReady, anda boleh terus ke www.yayasantar.org.my atau hubungi talian 03 2283 6063.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma