Tawaran Program Biasiswa Pendidikan MIDF Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Program Biasiswa Pendidikan MIDF menawarkan peluang pendidikan untuk rakyat Malaysia yang berbakat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian sarjana muda di universiti tempatan terpilih.

Kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat dengan biasiswa ditawarkan serta sedang mengikuti pengajian sepenuh masa, anda boleh buat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka. Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman web dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa pendidikan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PENGAMBILAN

Program Biasiswa Pendidikan MIDF dibuka mengikut pengambilan seperti berikut:

  • Januari – Februari
  • April – Jun
  • November – Disember

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bagi pengambilan November 2022 dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 2 November 2022

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua pelajar Malaysia dalam apa jua bidang pengajian
  • PNGK minimum 3.25 atau yang setaraf dengannya di peringkat prauniversiti (Asasi/Matrikulasi), Diploma atau tahun pertama Ijazah Sarjana Muda
  • Mendapat 7A dalam SPM atau 2A dalam STPM
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang mantap
  • Bukan penerima biasiswa lain daripada organisasi lain
  • Pemohon mesti meneruskan pengajian mereka sepenuh masa

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon biasiswa ditawarkan bagi menampung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda serta berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui laman web berikut:

Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dimaklumkan melalui email yang telah didaftarkan. Untuk sebarang pertanyaan atau  maklumat lanjut berkenaan biasiswa ditawarkan, anda boleh email ke alamat edu.scholarship@midf.com.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma