Fresh Graduate, Tekankan 5 Perkara Ini Dalam Resume Jika Nak Majikan Pandang

Bila sebut sahaja ‘Fresh Graduate’ pasti ramai yang membayangkan susah dapat kerja. Mungkin sebab pengalaman kerja tidak ada menyebabkan ramai berfikiran begitu. Sebenarnya tanggapan itu salah, fresh graduate pun senang dapat kerja jika ikut cara yang betul! Selain usaha, ada beberapa perkara yang graduan perlu tahu dalam memohon kerja.

Langkah pertama untuk mohon kerja adalah hantar resume. Jangan fikir anda sahaja yang mohon, pasti ada calon lain juga! Jadi, anda mestilah hasilkan resume yang dapat menarik perhatian majikan untuk bersaing dengan calon lain. Macam mana nak impress majikan dengan resume?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam resume untuk buatkan bakal majikan pandang resume anda.

5 PERKARA YANG PERLU DITEKANKAN DALAM RESUME

Berikut adalah perkara yang perlu ditekankan dalam resume lepasan graduan sekiranya nak bakal majikan pandang dan mudah untuk dipanggil temuduga:

Pendidikan

Apa guna belajar tinggi jika tidak mahu tonjolkan dalam resume kan? Sekiranya pointer anda tinggi dan yakin boleh “impress” majikan, anda boleh masukkan sekali di bahagian pendidikan. Jika anda pernah terima anugerah dekan pun boleh masukkan, jangan malu-malu!

Dah semak syarat kelayakan kerja yang ditawarkan dan sesuai dengan bidang pengajian? Semasa temuduga nanti anda boleh cuba jelaskan bagaimana pengajian anda sepanjang di universiti dapat membantu anda bekerja nanti.

Latihan Industri

Jangan anggap latihan industri ini tiada apa-apa dan hanya sekadar untuk tamat pengajian sahaja tau. Tambahan lagi jika anda tiada pengalaman kerja, gunakanlah pengalaman latihan industri ini sebaiknya! Masukkan maklumat latihan industri anda dalam resume seperti:

  • Nama syarikat
  • Bidang tugas sepanjang latihan

Lebih bagus jika anda dapat cari persamaan bidang tugas dengan jawatan yang anda mohon. Sebab itu penting untuk timba pengalaman sebanyak mungkin sepanjang tempoh latihan industri.

Aktiviti/ Program

Anda aktif dalam aktiviti atau program di universiti? Sekiranya anda aktif dan pernah menyandang apa-apa jawatan dalam persatuan atau sebagainya, anda boleh juga masukkan dalam resume. Berikan sedikit maklumat bidang tugas anda sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Lebih bagus jika anda merupakan wakil pelajar atau menyandang jawatan yang tinggi kerana majikan akan pandang anda sebagai seorang yang ada bakat kepimpinan yang tinggi.

Anugerah

Anda pernah dapat apa-apa anugerah di universiti? Contohnya pernah wakil universiti atau menang pertandingan. Namun pastikan ada beserta sijil untuk buktikan kepada majikan sebagai tanda kesahihan.

Sijil Kemahiran

Jangan fikir majikan hanya cari calon yang ada pengalaman kerja sahaja. Calon yang ada kemahiran adalah paling diminati oleh kebanyakan majikan tau. Ada kemahiran bermakna seseorang itu boleh buat kerja. Jika anda pernah ikuti kursus kemahiran atau seumpamanya, jangan simpan sahaja sijil tersebut. Tonjolkan dalam resume dan bawa sijil kemahiran tersebut semasa temuduga nanti.

Lebih menarik jika sijil kemahiran yang anda ada adalah sesuai dengan jawatan yang dimohon. Bagi yang tidak ada sebarang kemahiran, anda boleh cuba ikuti kursus latihan secara online yang disediakan oleh kerajaan iaitu eLatih HRDF. Percuma sahaja!

Baca: e-LATiH: Lebih 200 Kursus Percuma Peningkatan Kemahiran Kerja Buat Pencari Kerja & Pekerja

Siapa cakap fresh graduate tak boleh dapat kerja? Jangan tetapkan pemikiran bahawa majikan hanya cari calon yang ada pengalaman kerja sahaja. Jika usaha, pasti ada rezeki. Apa yang penting adalah kita berusaha untuk jadi yang terbaik dan jangan pernah berhenti belajar.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma