Program Peningkatan Dan Pembangunan Standard Perniagaan (BASE) MARA
Perlukan bantuan perniagaan? Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan Kemudahan Peningkatan dan Pembangunan Perniagaan bagi usahawan yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Program ini adalah bermatlamat untuk membantu usahawan meningkatkan tahap pemiawaian, produktiviti dan kualiti pengurusan syarikat mengikut persijilan HALAL, GMP, HACCP dan ISO.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat permohonan bagi usahawan yang berminat adalah:
- Warganegara Malaysia Bumiputera
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun
- Berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang perniagaan
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Perniagaan persendirian/ perkongsian atau syarikat Sendirian Berhad (51% pegangan saham bumiputera)
KATEGORI KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
Antara kemudahan yang disediakan dalam program ini adalah:
- Pensijilan
- Penjenamaan
- Pendigitalan
- Pemasaran Digital
- Lain-lain Kemudahan
DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR
Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pemohon/ Ahli Lembaga Pengarah/ Ahli Perkongsian
- Profil syarikat termasuk dokumen berikut:
a. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
b. Salinan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (Jika Berkenaan)
c. Sijil IPMA dan LPU (Jika Berkenaan) - Gambar Berukuran Pasport
- Salinan Penyata Bank Tiga (3) Bulan Terkini
- Sekiranya Syarikat Sendirian Berhad, Sila Kemukakan
a. Salinan Laporan Kewangan & Akaun Beraudit bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir.
Sekiranya akaun terakhir masih belum di audit, kemukakan deraf akaun terkini
b. Salinan Memorandum & Articles of Association (MoA)
c. Salinan Borang 9 – Perakuan Perbadanan Syarikat Sdn Bhd
d. Salinan Borang 24 – ‘Return of Shares’ yang telah disahkan oleh Pendaftar
Syarikat
e. Salinan Borang 44 – ‘Notice of Situation of Registered Office’, yang disahkan oleh
Pendaftar Syarikat
f. Salinan Borang 48A – ‘Statutory of Declaration By A Person Before Appointment
As Director’, yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat (Bagi Semua Ahli Lembaga
Pengarah)
g. Salinan Borang 49 – ‘Return Giving Particulars in Register of Directors, Manager
and Secretaries’, yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat
h. Salinan Borang 32A – ‘Transfer of Shares/ Debentures yang disahkan oleh
Pendaftar Syarikat - Sebutharga dari Pembekal (sekiranya berkenaan)
PANDUAN MENGHANTAR DOKUMEN
Salinan dokumen yang dinyatakan di atas mestilah dihantar melalui emel mengikut negeri masing-masing semasa permohonan ini dibuat.
- Tajuk Emel: PERMOHONAN KEMUDAHAN BASE
Emel dokumen tersebut ke alamat emel mengikut negeri seperti berikut:
CARA MEMOHON KEMUDAHAN
Permohonan Kemudahan Program Peningkatan dan Pembangunan Standard Perniagaan (BASE) boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut:
Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk membuat satu permohonan sahaja pada satu masa. Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Anda akan dihubungi sekiranya layak menerima bantuan BASE.
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan MARA di talian 03 2613 2000 atau terus ke laman web MARA.
Baca juga: Senarai Bantuan Perniagaan 2020 Untuk Usahawan Baru & Lama