Bantuan RM200 Setiap Kelahiran Bayi Tahun 2022 Melalui Program Anak Kebanggaan Pahang

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2022 hari ini telah memaklumkan setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai tahun 2022 akan menerima saguhati RM200 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi menjayakan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) tersebut. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga akan memperkenalkan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang untuk membantu keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program Anak Kebanggaan Pahang di bawah Belanjawan Pahang 2022.
Isi Kandungan
MATLAMAT PROGRAM ANAK KEBANGGAAN PAHANG
Matlamat pelaksanaan Program Anak Kebanggaan Pahang ini adalah untuk:
- Membantu ibu bapa yang baru melahirkan mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan bayi
- Meraikan kegembiraan ibu bapa melahirkan cahaya mata
- Sebagai tanda bahawa anak yang mereka lahirkan adalah anak kebanggaan negeri Pahang
KADAR BANTUAN KELAHIRAN BAYI PAHANG
Melalui Program Anak Kebanggaan Pahang, setiap kelahiran bayi di Pahang akan menerima bantuan sebanyak:
- RM200
Bantuan ini akan diberikan dalam dua bentuk berikut:
- RM100 – Bentuk simpanan
- RM100 – Barangan penjagaan bayi & ibu sewaktu berpantang
KAD PELAJAR KEBANGGAAN PAHANG
Prihatin ibu bapa yang bimbang dengan perbelanjaan dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, kerajaan negeri akan memperkenalkan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang.
Kad Pelajar Kebanggaan Pahang itu akan diberikan kepada:
- Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850)
- M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970)
Diskaun Pelajar Pahang
Pemegang kad ini akan menikmati manfaat:
- Diskaun 20% ke atas setiap perbelanjaan keperluan persekolahan, termasuk buku, pakaian dan beg sekolah serta alat tulis terpilih
Kad ini adalah inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries yang akan memberi manfaat kepada 238,455 pelajar dari keluarga B40 dan M40 dalam negeri Pahang.
Bantuan RM100 Setiap Pelajar
Tambahan daripada itu, bagi meringankan lagi beban ibu bapa dalam kategori golongan miskin, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan tambah nilai sebanyak:
- RM100 kepada setiap pelajar di bawah kategori keluarga miskin
- akan dikreditkan ke dalam kad diskaun Kebanggaan Pelajar Pahang.
Buat masa ini masih tiada makluman berkenaan permohonan inisiatif di bawah Belanjawan 2022 kerana inisiatif ini akan memberi manfaat kepada orang ramai mulai tahun hadapan. Sekiranya terdapat makluman terbaru daripada kerajaan negeri, perkongsian ini akan dikemaskini semula.