Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon • Beza Gaji Asas, Gaji Kasar & Gaji Bersih: Ramai Masih Keliru Tentang Gaji Sebenar Masuk Bank •Contoh Offer Letter Kerja Malaysia 2026: Format Lengkap, Maklumat Wajib & Panduan Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Buat Ayat Permohonan Kerja Part-Time Yang Profesional (WhatsApp, Emel & Surat Rasmi) •Analisis Lengkap: Masa Depan Kerjaya Lulusan Master & PhD Di Malaysia Tahun 2026 •Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis 2026: Syarat, Kelayakan & Cara Mohon •

Cara Mohon Jawatan Pegawai Kerani Di PERKESO Terbuka Buat Lepasan SPM/ SKM

Oleh Cikgu Shaari • February 22, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pegawai Kerani Di PERKESO Terbuka Buat Lepasan SPM/ SKM
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Peraturan-peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2018 (Akta 789) dan sebuah Pusat Rehabilitasi di Melaka.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing adalah dijemput untuk menyertai PERKESO dengan memohon jawatan yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Taraf Jawatan: Sambilan
  • Nama jawatan:  Pegawai Kerani Sambilan
  • Penempatan: Sarawak, Pulau Pinang & Perak
  • Tarikh tutup: 23, 24 & 27 Februari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah:

  • Terdiri daripada warganegara Malaysia
  • Beurmur di antara 18 tahun hingga 30 tahun
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Berkemahiran dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat (ICT)

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga tarikh tutup dinyatakan di iklan.

Permohonan mestilah dibuat melalui laman MyFutureJobs di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh hubungi Nurul Nadira di talian 019 6477656.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.