Bantuan RM300 Setiap Kelahiran Bayi Tahun 2023 Melalui Program Anak Kebanggaan Pahang
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2023 hari ini telah memaklumkan setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai tahun 2023 akan menerima saguhati RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi menjayakan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) tersebut. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga akan memperkenalkan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang untuk membantu keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program Anak Kebanggaan Pahang di bawah Belanjawan Pahang 2023.
Isi Kandungan
MATLAMAT PROGRAM ANAK KEBANGGAAN PAHANG
Matlamat pelaksanaan Program Anak Kebanggaan Pahang ini adalah untuk:
- Membantu ibu bapa yang baru melahirkan mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan bayi
- Meraikan kegembiraan ibu bapa melahirkan cahaya mata
- Sebagai tanda bahawa anak yang mereka lahirkan adalah anak kebanggaan negeri Pahang
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan program Anak Kebangsaan Pagang adalah:
- Bayi yang dilahirkan sebagai warganegara Malaysia
- Dilahirkan di Pahang
- Dilahirkan pada tahun 2023
KADAR BANTUAN KELAHIRAN BAYI PAHANG
Melalui Program Anak Kebanggaan Pahang, setiap kelahiran bayi di Pahang akan menerima bantuan sebanyak:
- RM300
Bantuan ini akan diberikan dalam dua bentuk berikut:
- RM50 – barangan keperluan bayi
- RM100 – Dalam bentuk simpanan akaun NURI
- RM150 – Gold Bar
CARA MOHON
Ibu bapa yang berkelayakan dan ingin buat permohonan bantuan ditawarkan boleh mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:
Untuk membuka akaun Bank Rakyat untuk penerimaan bantuan, ibu/ bapa/ penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut:
- Kad Pengenalan Ibu/ Bapa/ Penjaga yang sah
- Sijil Lahir Bayi
- Sijil Tahniah Bayi Kebangsaan pahang 2023
- Slip Pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian yang tertera dibawah.
- 09-5124043/09-5124039 (Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang)