Pendaftaran Program Intervensi & Pra Sekolah ANIS Untuk Anak Kurang Upaya Pembelajaran

Pusat ANIS melalui Iltizam Anak Istimewa Selangor kini mengembangkan perkhidmatan kepada program Pra Sekolah ANIS yang menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas seiring dengan perkembangan mereka. Program ini mensasarkan objektif agar semua anak-anak dapat memasuki sekolah aliran perdana ataupun program inklusif KPM.

Kini Pusat ANIS telah mempunyai aliran program yang boleh didaftarkan iaitu Program Intervensi dan Program Pra Sekolah terbuka kepada semua Anak Istimewa kelahiran Negeri Selangor bagi Kurang Upaya Pembelajaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.

ALIRAN PROGRAM PUSAT ANIS

Kini Pusat ANIS telah mempunyai aliran program yang boleh didaftarkan seperti berikut :

Program Intervensi (2 – 4 tahun)

  • Membantu meringankan beban dengan menyediakan perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak istimewa kelahiran Negeri Selangor
  • Memberdaya golongan ibu bapa dengan ilmu bagi memastikan kemenjadian Anak Istimewa
  • Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan Anak Istimewa

Program Pra Sekolah (5 – 6 tahun)

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid bekeperluan khas seiring dengan perkembangan murid
  • Membina penanda aras kepada pengusaha-pengusaha tadika khusus di Negeri Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid bekeperluan khas.
  • Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan Anak Istimewa

Rujuk: Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS). Terima Bantuan RM5,000 One-Off

JENIS KURANG UPAYA PEMBELAJARAN

Tawaran program di Pusat ANIS ini adalah terbuka kepada anak istimewa yang mempunyai masalah Kurang Upaya Pembelajaran berikut:

  • Autisme
  • ADHD
  • Global Development Delay
  • Down Sindrome

SYARAT KELAYAKAN

Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan berkelayakan seperti di bawah boleh buat pendaftaran:

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua anak istimewa kelahiran Negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran dinyatakan di atas
  • Pernah mengikuti Program Intervensi Awal selama 1 tahun minimum
  • Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40
  • Ibu/ bapa/ penjaga merupakan pengundi di Negeri Selangor
  • Ibu/ bapa/ penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/ penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  • Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPK) dan Akta Pengangkatan 1973
  • Ibu bapa boleh memberi komitmen yang tinggi sepanjang anak berada di Pusat ANIS
  • Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan pasangan
  • Salinan Kad Pengenalan Anak
  • Salinan Kad OKU anak (jika ada)
  • Salinan diagnosis dari doktor yang bertauliah
  • Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)
  • Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  • Salinan slip gaji ibu dan bapa
  • Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR didapatkan di www.pengundi.spr.gov.my

CARA DAFTAR

Untuk makluman anda, pendaftaran adalah DIBUKA SEPANJANG TAHUN. Ibubapa perlu mendaftar dan mengisi borang di laman web anisselangor.com dan memberikan dokumen yang diperlukan.

Para peserta yang layak akan menerima panggilan dan hadir pada hari taklimat yang ditetapkan oleh Pusat ANIS.

Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS akan beroperasi seperti berikut:

Pusat Intervensi Awal ANIS

Program Prasekolah ANIS

Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman web berikut:

  1. Program Intervensi (2-4 tahun) : www.anisselangor.com/intervensianis
  2. Program Pra Sekolah (5-6 tahun) : www.anisselangor.com/prasekolahanis

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma