Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Kemasukan Ke Pra-Universiti USM Tajaan MARA Buat Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • April 26, 2021 • 2 min baca

Tawaran Kemasukan Ke Pra-Universiti USM Tajaan MARA Buat Lepasan SPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama MARA ingin mempelawa saudara/ saudari untuk mengikuti Program persediaan selama 1 tahun di Kolej MARA Kulim (KMK) dan saudara/saudari berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang/program pengajian yang ditawarkan.

Tawaran adalah terbuka kepada semua lepasan SPM 2020 yang berminat untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi dalam bidang sains hayat dan sains fizikal.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran program dan cara mohon.

BIDANG DITAWARKAN

Setelah tamat program pra-universiti selama 1 tahun di Kolej MARA Kulim (KMK), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di USM dalam bidang berikut:

Bidang Sains Hayat

  • Doktor Perubatan
  • Doktor Pergigian
  • Farmasi

Bidang Sains Kesihatan

  • Sains Forensik
  • Audiologi
  • Bioperubatan
  • Sinaran Perubatan
  • Dietetik
  • Pemakanan

Bidang Sains

  • Biologi/ Biologi Gunaan
  • Kimia/ Kimia Industri/ Kimia Analisis
  • Fizik/ Fizik Perubatan/ Geofizik
  • Matematik/ Statistik Gunaan/ Ekonomi

Bidang Kejuruteraan

  • Awam
  • Elektrik dan Elektronik
  • Kimia
  • Bahan dan Sumber Mineral
  • Mekanikal
  • Aeroangkasa

Bidang Teknologi

  • Makanan
  • Persekitaran
  • Bio Sumber

Sains Komputer

Seni Bina

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 19 April 2021 hingga 6 Mei 2021 (Khamis)
  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarta umum dan khusus permohonan yang ditetapkan
  • Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP
  • Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan
  • Sekiranya pemohon didapti memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • Dr Mohd Rizal Razali: 04 653 6021
  • Puan Siti Nor Liana Binti Mohd Fazil: 04 653 2723
  • puan Fatein Nur Syafiqah: 04 653 2618

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.