PR1MA STEP: Cara Mohon Program Latihan Kerjaya PR1MA & Terima Elaun Sehingga RM1,600
Perbadanan PR1MA Malaysia memperkenalkan PR1MA STEP (SAKU Training and Employment Program) dengan matlamat untuk memberi peluang pekerjaan dan peluang bina kerjaya kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Graduan yang masih menganggur juga dialu-alukan untuk mohon.
Inilah peluang anda bina kerjaya dengan PR1MA dan dapatkan latihan kemahiran berguna untuk kerjaya masa hadapan. Apa yang lebih menarik adalah elaun akan diberi kepada individu yang mengikuti program ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
PR1MA STEP
PR1MA STEP atau SAKU Training and Employment Program adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan dalam bentuk latihan dan peluang pekerjaan dengan Perbadanan PR1MA Malaysia.
Peluang mengikuti latihan ditawarkan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan graduan yang masih menganggur.
Individu yang berkelayakan dan lulus permohonan akan mengikuti program dalam tempoh:
- Tempoh program: 12 bulan
MANFAAT PROGRAM
Antara kelebihan yang diterima apabila bekerja dan mengikuti latihan sebagai PR1MA STEP adalah:
- Elaun RM1,300 hingga RM1,600
- Peluang pekerjaan
- Peluang bina kemahiran bekerja
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai kelayakan pendidikan seperti Ijazah/ Diploma/ SPM
- Lepasan graduan digalakkan untuk memohon
Antara kelebihan lain yang melayakkan anda mengikuti program adalah:
- Kemahiran interpersonal yang baik
- Ramah, boleh bekerja dalam kumpulan dan boleh melayan pelanggan dengan baik
- Boleh bekerja di luar daerah mengikut arahan dan hujung minggu
- Mahir menggunakan Microsoft Office
CARA MOHON PR1MA STEP
Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan sekarang secara online. Permohonan boleh dibuat melalui pautan yang disediakan:
Lengkapkan borang permohonan secara online sehingga selesai dan klik Submit. Calon diminta untuk memuat naik pautan untuk Resume dan CV.
Untuk maklumat lanjut mengenai PR1MA STEP, anda boleh terus ke laman https://www.pr1ma.my.