“Apa Persediaan Anda Buat Sebelum Temuduga Ini?” Ini Point Penting Anda Perlu Cerita Dalam Temuduga Kerajaan
Calon yang pernah hadir temuduga kerajaan pasti pernah ditanya tentang persediaan yang anda lakukan sebelum temuduga. Biasanya soalan ini akan ditanya pada awal-awal sesi temuduga selepas calon perkenalkan diri. Penemuduga menanyakan soalan ini dengan tujuan untuk tahu apa yang calon kaji sebelum temuduga.
Nak jawab soalan ini, calon mestilah berhati-hati dan jangan sesekali menipu. Kemungkinan penemuduga akan tanya lebih banyak soalan berkaitan dengan jawapan yang diberikan oleh calon. Selain beri jawapan yang jujur, calon mesti tunjukkan bahawa calon ada usaha yang lebih untuk persediaan sebelum temuduga.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa persediaan yang anda perlu lakukan sebelum temuduga kerajaan dan contoh jawapan untuk rujukan.
Isi Kandungan
PERSEDIAAN YANG ANDA PERLU LAKUKAN
Berikut adalah persediaan yang perlu calon lakukan untuk lulus temuduga kerajaan:
- Mencari maklumat tentang jawatan di internet
– Syarat lantikan
– Deskripsi tugas
– Taraf gaji - Baca isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara
- Ambil tahu tentang kementerian / jabatan berkaitan dengan jawatan yang dimohon
- Membaca buku panduan temuduga & membuat carian di internet
- Bertanya kepada rakan-rakan yang ada pengalaman temuduga kerajaan
– Rujuk: Pengalaman Calon Lulus Temuduga Kerajaan & Tips Dikongsikan - Menghubungi pegawai yang memegang jawatan yang sama dengan jawatan yang anda akan temuduga
– Tanya tentang tugas & maklumat berkaitan jawatan - Ketahui adab & adat bercakap ketika temuduga kerajaan
- Buat persediaan dari segi mental
- Tidur awal sebelum hari temuduga
Baca juga: Selain Tugas, Ini Maklumat Penting Mengenai Jawatan Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Temuduga
CONTOH JAWAPAN
“Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?” Berikut adalah contoh jawapan yang boleh dijadikan rujukan calon:
Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan-rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan yang saya buat.
Untuk makluman tuan juga, sebelum saya hadiri temuduga pada hari ini, saya telah menghubungi salah seorang Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Operasi dari salah sebuah agensi kerajaan bagi mengetahui lebih banyak tentang skop kerja bagi jawatan ini. Antara tugas yang beliau kongsikan kepada saya sepanjang berkhidmat di agensi tersebut adalah ______________.
Persediaan yang saya lakukan bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.
Pastikan persediaan yang anda ceritakan dalam temuduga adalah persediaan yang benar-benar anda lakukan. Jangan sesekali menipu! Calon kemungkinan akan disoal lagi daripada daripada jawapan yang diberikan. Jika nak lulus temuduga, usaha adakah kunci utama buat semua calon. Ada usaha, pasti ada hasilnya.
Semoga bermanfaat!