BSN SKAP: Pinjaman Peribadi Buat Penjawat Awam. Gaji Serendah RM1,500 Boleh Mohon

BSN SKAP atau Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional. Seperti namanya, pinjaman peribadi ini adalah khusus untuk kakitangan awam yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan. Pinjaman ini tidak dibuka kepada mereka yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri.

Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tidak bercagar, anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.

CIRI-CIRI PINJAMAN PERIBADI BSN SKAP

Pinjaman Peribadi BSN SKAP menawarkan beberapa ciri-ciri menarik seperti:

  • Kadar keuntungan yang rendah
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
  • Tempoh pembiayaan yang panjang
  • Anda boleh mohon jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga menjangkau 10 tahun
  • Caj kadar keuntungan yang dikenakan untuk ini juga sangat berpatutan iaitu bermula dari serendah 4.6%
  • Tiada caj proses
  • Tiada caj penamatan awal
  • Pembayaran melalui pemotongan gaji
  • Rekod Kredit CCRIS tak cantik pun boleh mohon

MAKLUMAT PINJAMAN

Berikut adalah maklumat-maklumat pinjaman peribadi BSN SKAP yang anda perlu tahu:

  • Jenis pinjaman: Islamik (Tidak Bercagar)
  • Jumlah Pembiayaan: RM5,000 sehingga RM200,000
  • Tempoh Pembiayaan: 24 bulan hingga 120 bulan
  • Kadar keuntungan: 4.6% p.a hingga 4.75% p.a
  • Tempoh lulus: 1 hingga 7 hari bekerja

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan pinjaman peribadi BSN SKAP:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah seliaan AKPK.

Syarat Khas

  • Untuk status tetap – telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan.
  • Untuk status kontrak/sementara – telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu  ada penjamin. Penjamin perlu kakitangan Kerajaan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk memohon BSN SKAP adalah sangat ringkas dan tidak membebankan. Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan.

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  • Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara.
  • Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

CARA MEMOHON BSN SKAP

Sebelum anda memohon, pastikan anda meneliti syarat-syarat permohonan di atas. Pemohon yang tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki tidak akan dipertimbangkan permohonannya.

Anda boleh memohon pinjaman peribadi BSN SKAP dengan cara berikut:

  • Walk in di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional

Maklumkan kepada pihak BSN bahawa anda ingin membuat permohonan pinjaman peribadai BSN SKAP. Tempoh kelulusan hanya mengambil masa 1 hingga 7 hari bekerja. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi yang ditawarkan, anda boleh terus ke cawangan BSN berdekatan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma