Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

“Mengapa Anda Mahu Pekerjaan Ini?” Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Ini

Oleh Cikgu Shaari • September 18, 2020 • 3 min baca

“Mengapa Anda Mahu Pekerjaan Ini?” Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Ini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

“Mengapa anda mahu pekerjaan ini?”. Nampak macam mudah, tetapi soalan ini akan menjadi satu soalan yang boleh buat anda gelabah pada hari temuduga jika tidak buat persiapan awal.

Apa yang majikan nak lihat sebenarnya melalui soalan ini?

Sebenarnya majikan nak lihat sama ada calon ada membuat persiapan dari segi pengetahuan mengenai syarikat atau tidak. Calon yang membuat kajian mengenai syarikat menandakan mereka betul-betul berminat untuk bekerja.

Jika anda nak tahu macam mana nak jawab soalan ini dengan jayanya, ikuti perkongsian di bawah.

“MENGAPA ANDA MAHUKAN PEKERJAAN INI?”

Gunakan soalan ini sebagai satu peluang untuk anda menjual diri anda kepada majikan. Fokus dan senaraikan kekuatan syarikat berdasarkan maklumat yang anda perolehi. Ketengahkan matlamat kerjaya anda, ceritakan kelebihan dan kemahiran anda mengikut keperluan yang diinginkan mereka.

Bangkitkan kelebihan dan kemahiran yang anda ada dengan penuh yakin agar majikan nampak bahawa anda adalah calon yang sesuai untuk jawatan ini

Teknik Menjawab Dengan Mudah

Jika anda ingin menjawab soalan ini dengan mudah, pastikan anda buat beberapa perkara ini:

  • Menyelidiki syarikat terlebih dahulu
  • Ketahui kelebihan dan kemahiran yang anda ada sesuai dengan jawatan
  • Tekankan apa yang anda boleh sumbangkan
  • Jangan sesekali sebut mahukan pekerjaan tersebut kerana faedah yang ditawarkan

"Mengada Anda Mahu Pekerjaan Ini?" Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Ini

CONTOH JAWAPAN TERBAIK

Sekiranya anda tidak pasti macam mana nak berikan jawapan terbaik untuk soalan ini, lihat contoh di bawah.

“Saya mahukan kerja ini kerana……”

i) Saya mahu kerja ini kerana ia menekankan jualan dan pemasaran, dua set kemahiran saya yang paling hebat. Dalam pekerjaan terdahulu saya, saya meningkatkan jualan sebanyak 15 peratus dalam apa yang pada masa itu dianggap sebagai industri yang rata. Saya tahu saya dapat membawa pengalaman jualan dan pemasaran sepuluh tahun ke syarikat ini, dan membantu anda meneruskan pertumbuhan tahun anda.

ii) Saya faham bahawa ini adalah syarikat yang semakin meningkat. Seperti yang saya baca di laman web anda dan dalam pelbagai siaran akhbar, anda merancang untuk melancarkan beberapa produk baru dalam beberapa bulan akan datang. Saya ingin menjadi sebahagian daripada perniagaan ini kerana ia tumbuh, dan saya tahu pengalaman saya dalam pembangunan produk akan membantu syarikat anda ketika anda melancarkan produk ini.

ii) Tugas ini sesuai untuk apa yang saya lakukan dan menikmati sepanjang kerjaya saya. Ia menawarkan campuran projek jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Kemahiran organisasi saya membolehkan saya berjaya multitask dan menyelesaikan kedua-dua jenis projek.

Ini adalah sekadar contoh sahaja. Pastikan anda gunakan jawapan yang lebih bernas dan sesuai dengan jawatan dan kelayakan anda. Anda boleh gunakan contoh di atas sebagai panduan. Sekiranya anda ditemuduga kerja kerajaan dan ditanya “mengapa anda nak kerja kerajaan?“, anda boleh gunakan jawapan DI SINI.

Baca juga: Contoh Jawapan & Point Penting Untuk Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda”

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.