Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA Buat Lepasan SPM

BY Cikgu Shaari // 17.09.2020 // 1 min baca

Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA Buat Lepasan SPM
VISUAL.ARCHIVE // 2020

Risau tidak ada tempat untuk melanjutkan pelajaran? Berita baik buat lepasan SPM dan setaraf! TVET MARA menawarkan Program Baharu untuk anda yang berminat dengan program-program kemahiran yang ditawarkan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan di perkongsian bawah.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

TVET MARA menawarkan Program Baharu untuk anda seperti berikut:

i) IKM Sungai Petang

  • Diploma Senibina Penyeliaan Tapak
  • Diploma Teknologi Elektronik Gunaan

ii) IKM Johor Bahru

  • Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik

SYARAT KELAYAKAN

Lepasan SPM

Lulus SPM dengan 2 kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  • Mana-mana 1 mata pelajaran matematik / kumpulan sains/ kumpulan teknologi / kumpulan mata pelajaran vokasional (MPV) / kumpulan mata pelajaran vokasional (MPAV) mata pelajaran Pendidikan Seni Visual/Lukisan kejuruteraan / grafik komunikasi teknikal
  • Mana-mana satu mata pelajaran lain

Lulusan Lain

Lulusan Institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Kemahiran Awam / Swasta (ILKA / ILKS):

  • Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan CGPA >2.00

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat, hantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 9 Oktober 2020. Sediakan dokumen berikut:

  • Salinan SPM
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
  • Salinan Surat Beranak Pelajar
  • Nombor telefon pelajar untuk dihubungi

Hantarkan dokumen-dokumen berikut ke alamat emel info@tvetmara.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 9498062 / 03 26134689 / 34611 / 34598 / 34605.

AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.