Permohonan Pinjaman Pengajian Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) Bagi Peringkat Diploma IPT Tempatan

Permohonan pinjaman pengajian adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermaustatin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman tajaan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bagi mengikuti kursus peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sesi 2021/2022.

Semak syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan cara membuat permohonan secara online di perkongsian bawah.

Isi Kandungan

KURSUS YANG LAYAK

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) mempelawa pemohon yang mengikuti kursus berikut:

  • Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam [ IPTA Sahaja ]
  • Diploma di UNISZA [ kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah ]
  • Diploma & Sijil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut bagi membuat permohonan:

  • Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan
  • Mendapat tawaran kemasukan daripada Universiti/ Institusi tempatan sebagaimana yang dinyatakan di atas
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK untuk memohon.

CARA-CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian mulai 19 JULAI 2021 (ISNIN) dengan melayari laman web berikut:

Permohonan Tajaan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) Bagi Peringkat Diploma IPT Tempatan

Pastikan anda mempunyai emel peribadi untuk permohonan dalam talian. Selesai mengisi permohonan online,  Borang Permohonan Online hendaklah DICETAK dan SERTAKAN bersama dengan salinan-salinan dokumen yang disahkan benar. Semak dokumen yang diperlukan di bawah.

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

Antara salinan dokumen yang perlu disahkan dan disertakan bersama borang permohonan yang dicetak adalah:

  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  • Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan.
  • Satu keping gambar berukuran passport.
  • Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti.
  • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)

Hantar Borang Permohonan yang dicetak beserta dengan salinan dokumen di atas ke alamat berikut:

  • YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
    Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
    Jalan Gajah Mati
    15000 Kota Bharu, Kelantan.
    Tel : 09-7483213 / 7446127

TARIKH TUTUP permohonan online adalah 19 JULAI 2021 (Isnin) manakala TARIKH AKHIR penerimaan borang permohonan/ dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 23 OGOS 2021 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup atau permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan dari keluarga berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan. Hanya pemohon yang BERJAYA akan dimaklumkan melalui email dan jika anda tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman rasmi Pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim melalui pautan berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma