Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dibuka
Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.
Calon yang bakal melanjutkan pengajian tinggi dan memerlukan bantuan pembiayaan boleh buat permohonan pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri ini.
Anda boleh membuat semakan kadar pinjaman dan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi serta cara untuk memohon di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KADAR PINJAMAN
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi:
- Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
- Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
- Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD
- Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon
- Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama
- Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 – Jun 2020).
- Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon (PTPTN/ MARA/ JPA/ Mybrain dan sebagainya)
CARA MEMOHON
Permohonan pinjaman adalah dibuka pada 1 Jun hingga 20 September 2022. Pemohon boleh membuat permohonan pendidikan secara online melalui Laman Web epp.penang.gov.my.
Berikut adalah panduan membuat permohonan secara online:
- Daftar permohonan di laman web epp.penang.gov.my
- Semak emel yang didaftar dan klik URL yang disertakan
- Log masuk dan isi permohonan secara online setelah mendaftar akaun
- Klik butang ‘Hantar’ setelah anda pasti semua maklumat betul dan lengkap diisi
- Cetak permohonan dan senarai semak permohonan melalui laman tersebut
- Hantar permohonan yang dicetak bersama dokumen sokongan yang disertakan di bawah
Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:
- LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT
NEGERI PULAU PINANG,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG
Sebarang jawapan dari pihak Lembaga Biasiswa akan disalurkan melalui emel/ portal yang digunakan untuk permohonan.
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disertakan dengan cetakan permohonan untuk dihantar:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS)
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
- Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
- Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
- Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
- Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
- Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627. Anda juga boleh terus ke laman web rasmi ePinjaman Penuntut untuk maklumat mengenai permohonan Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang.