Tawaran Bantuan Yuran Pendaftaran IPT MAIJ Sehingga RM1,000 Setiap Pemohon

Majlis Agama Islam Negeri Johor mempelawa anak kelahiran Johor yang menetap di dalam Negeri Johor dan bermaustatin di negeri ini untuk memohon Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT dalam Negara Sesi 2021. Skim Bantuan dibuka buat calon yang mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Lepasan SPM, STPM, Diploma dan setaraf dengannya dipelawa untuk mohon bantuan pendaftaran IPT bagi meringankan beban kewangan kemasukan ke pengajian tinggi.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan bantuan di perkongsian bawah.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Skim Bantuan  Yuran Pendaftaran IPT MAIJ 2021 boleh dibuat pada:

  • 1 Jun hingga 30 Jun 2021

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Diploma : RM500
  • Ijazah Pertama : RM1,000

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi melayakkan diri membuat permohonan:

  • Warganegara Malaysia,
  • Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor,
  • Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun,
  • Mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan,
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.

CARA MEMOHON SKIM BANTUAN

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2021 dibuka bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2021. Sekiranya anda berminat dan layak untuk memohon, permohonan boleh dilakukan melalui sistem permohonan IPT Online di eMAIJ:

Lampiran permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) daerah. Sekiranya melebihi tarikh ditetapkan permohonan akan ditolak. MAIJ daerah akan membuat tapisan mengikut syarat.

Slip sebagai rujukan permohonan perlu dilampirkan untuk proses selanjutnya di Kaunter MAIJ daerah. Sila hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Daerah berhampiran mengikut alamat yang telah didaftarkan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi atau hubungi talian berikut:

  • MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
    Aras 5, Blok ‘B’, Pusat Islam Iskandar Johor,
    Jalan Masjid Abu Bakar, 80990,
    Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
  • Tel: 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926
  • Faks: 07-2238752

MANUAL PERMOHONAN EMAIJ

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma