Permohonan Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS Sehingga RM7,000 Buat Semua Peringkat Pengajian

Program Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah yang ditawarkan kepada rakyat Selangor yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ia merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Mana-mana rakyat Negeri Selangor yang akan menyambung pengajian boleh mohon pinjaman boleh ubah yang ditawarkan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara TKWBNS tahun 2021 boleh dibuat pada:

  • 1 Ogos hingga 31 Ogos 2021

KADAR PINJAMAN

Kadar pembiayaan ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian berikut:

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Sehingga RM7,000 Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN
  • Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
  • Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)
  • Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
  • Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
  • Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  • Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
  • Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok)

PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

  • Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/ PNGK akhir pelajar
  • Selain daripada CGPA/ PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
    – Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran
    – Tidak melanggar mana-mana seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian
    – Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS

CARA MOHON

Rakyat Selangor yang akan sambung pengajian boleh buat permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara TKWBNS sebelum tarikh tutup iaitu 31 Ogos 2021. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada dasar semasa dan pertimbangan Lembaga TKWBNS. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak.

Pemohon hendaklah membuat semakan secara online dalam tempoh DUA MINGGU selepas tarikh tutup permohonan untuk tahu kelayakan penerimaan Pinjaman Boleh Ubah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web tkwbns.selangor.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma