STPM

Tarikh Peperiksaan Sem 3 STPM 2021 & Ulangan Sem 2 Dipinda, Semak Tarikh Baru Di Sini

May 11, 2022Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan bahawa peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 telah dipinda ke tarikh baharu. Calon-calon dan ibu bapa yang terlibat diminta ambil perhatian dengan pemakluman pindaan tarikh ini.

Kalender Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 telah dikemaskini, calon dah boleh muat turun di laman disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pindaan tarikh peperiksaan semester 3 STPM 2021 dan ulangan semester 2 STPM 2021.

CALON TERLIBAT PINDAAN TARIKH

Pindaan tarikh yang diumumkan oleh MPM adalah melibatkan calon bagi peperiksaan berikut:

  • Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 yang sebelum ini dijadualkan pada 18, 19, 24 dan 26 Mei
  • Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang sebelum ini dijadualkan pada 13, 14, 15 dan 16 Jun

TARIKH BARU PINDAAN PEPERIKSAAN

MPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tarikh baharu peperiksaan terlibat adalah seperti berikut:

  • Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 – 25 dan 26 Mei serta 13 hingga 15 Jun 2022
  • Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 – 16, 20, 21 dan 22 Jun 2022

MUAT NAIK KALENDER PEPERIKSAAN

Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemaskini pada 9 Mei lepas kini boleh dimuat turun melalui portal MPM di pautan berikut:

Sebarang pertanyaan berkenaan pindaan tarikh peperiksaan ini boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui email di alamat stpm@mpm.edu.my atau melalui telefon di talian 03 61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.

Sumber

Topik artikel ini
STPM
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda