Logo & Tema Hari Guru 2020 ~ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah di pilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan khas kepada guru atau cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.

Walau peredaran zaman dan kemajuan teknologi semakin hari semakin berkembang, ianya tidak pernah mengubah tugas dan jasa seorang pendidik yang bergelar guru yang gigih menyampaikan ilmu kepada seluruh pelajar.

Tugas guru pada masa kini yang semakin mencabar memerlukan kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013~2025.

Guru selain dari bertugas mengajar subjek berkaitan juga dianggap sebagai rakan dan teman untuk berbincang dan meluahkan perasaan. Khususnya berkaitan perkembangan diri pelajar.

Jadi sewajarnya setiap Guru dihargai dan dikenang kerana banyak jasa mereka dalam mendidik dan mengajar anak bangsa.

TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2020 ~ BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Hari Guru yang disambut setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi kepada jasa guru dan pengajar. 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan untuk Guru.
 

Untuk tahun 2020, sambutan Hari Guru bertemakan Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Tarikh dan lokasi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2020 bakal diumumkan nanti.

KENYATAAN MEDIA

Semoga info berkenaan Tema Hari Guru 2020 ini dapat membantu kita dalam membuat persediaan sambutan hari ini nanti.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma