Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 • Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 •

Cara Mohon Jawatan Petugas Kebajikan JKM Dengan Minima STPM, Elaun Sehingga RM1,500

Oleh Cikgu Shaari • February 17, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Petugas Kebajikan JKM Dengan Minima STPM, Elaun Sehingga RM1,500
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan dengan peranan di dalam pembangunan negara. Jabatan ini berfungsi sebagai jabatan yang menyediakan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. JKM kini membuka peluang kekosongan sebagai Petugas Kebajikan kepada warganegara Malaysia yang berminat.

Anda berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat berkeperluan serta dapat bekerja secara berpasukan? Inilah peluang untuk anda mendapatkan pengalaman serta bina kerjaya bersama JKM melalui peluang yang dibuka ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berkelayakan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
  • Nama jawatan: Petugas Kebajikan
  • Penempatan: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak
  • Tarikh tutup permohonan: 20 Februari 2022

ELAUN PETUGAS KEBAJIKAN JKM

Calon yang berjaya mendapat penempatan sebagai Petugas Kebajikan JKM akan menerima elaun sebanyak:

  • Skim 1: Kelulusan Ijazah dan ke atas dengan elaun dengan elaun berjumlah RM1,500 sebulan
  • Skim 2: Kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran  Malaysia (STPM) dan Diploma dengan elaun berjumlah RM1,200 sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas(keutamaan kepada warga Sarawak)
  • Pengambilan adalah secara KONTRAK (sementara) selama 10 bulan sahaja
  • Memiliki sekurang-kurangnya STPM ke atas
  • Calon mestilah komited dan berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat berkeperluan serta dapat bekerja secara berpasukan
  • Hanya pemohon yang ditapis-tapis akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil temuduga perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada Setiausaha temuduga
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Jabatan selepas 1 bulan dari tarikh tutup iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk jadi Petugas Kebajikan JKM, anda boleh buat permohonan dengan hantarkan dokumen-dokumen dinyatakan ke alamat yang disertakan. Pemohon diminta untuk kemukakan dokumen berikut:

  • Gambar berukuran passport
  • Salinan dokumen
  • Sijil akademik yang telah disahkan

Hantarkan dokumen tersebut ke alamat berikut:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu,
    Lot 506 Jalan SummerVille, Bintulu Town District, P.O Box 964, 97008 Bintulu
  • Tel: 086 332341/ 336494
  • Emel: welfare@sarawak.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.