Pesakit Koronavirus Di India Kini Di Hand Stamping Sekiranya Ingin Jalani Kuarantin Di Rumah

Tahukah anda di India pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 dan ingin jalani kuarantin di rumah akan di hand stamping di bahagian belakang tangan sebagai tanda sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tindakan ini dilakukan adalah bagi memastikan rakyat yang perlu dikuarantin betul-betul berada di dalam rumah dan tidak bebas bergerak di luar kawasan rumah terutamanya di tempat awam.

HAND STAMPING SEBAGAI TANDA KUARANTIN DI NEGARA INDIA

Menurut perkongsian di laman New York Post, kaedah bagi menanda rakyat yang dikuarantin itu mula berkuat kuasa pada Isnin lepas setelah Mumbai mengesahkan sejumlah 137 kes positif COVID-19 di negara itu.

Pesakit Koronavirus Di India Kini Di Hand Stamping Sekiranya Ingin Kuarantin Di Rumah

”HOME QUARANTINED”. Itulah tanda yang telah di cop di tangan pesakit bersama-sama dengan tarikh yang diberikan untuk menentukan hari berakhirnya tempoh pengasingan iaitu selama 14 hari.

”Proud to be Mumbaikars” di cop tersebut yang membawa maksud individu terbabit merupakan warga Mumbai.

Dengan pengenalan Hand Stamping ini, mana-mana individu yang ingin menjalani kuarantin di rumah tidak boleh bebas bergerak dan harus mengikuti kuarantin secara ketat. Walaupun menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimana anda rasa selepas membaca perkongsian ini? Mungkin Malaysia juga perlu buat perkara yang sama kerana rakyat di negara kita masih ada yang degil keluar rumah apabila diarahkan untuk tinggal di rumah.

Kaedah ini dilihat sangat berkesan untuk memastikan individu yang perlu dikuarantin betul-betul bertanggungjawab dan mengelakkan penularan wabak Covid-19 terus meningkat.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma