Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Cara Mohon Jawatan Personel MySTEP Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Oleh Cikgu Shaari • February 14, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Personel MySTEP Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan mempelawa graduan dan lepasan SPM yang berkelayakan untuk mohon jawatan kosong sebagai Personel MySTEP yang ditawarkan. Calon yang berkelayakan boleh buat permohonan melalui email.

MySTEP merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya. Banyak manfaat menjadi Personel MySTEP buat calon yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara membuat permohonan Personel MySTEP di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.

Baca juga: Perbezaan Antara Pekerja Sambilan Harian (PSH) Dengan Personel MySTEP Yang Anda Perlu Tahu

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan: Personel MySTEP
  • Penempatan:  Taman Botani Negara Shah Alam, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  • Kadar upah: RM1,700 sebulan
  • Tarikh tutup: 16 Februari 2023

KADAR UPAH

Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh Personel MySTEP berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:

  • Gaji: RM1,700

Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP, Socso dan lain-lain berkenaan.

Antara kemudahan yang diterima adalah:

  • Cuti rehat
  • Cuti sakit
  • Caruman KWSP dan PERKESO

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan berikut:

  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Aktif, sihat tubuh badan dan semangat berpasukan
  • Berpengetahuan dalam bidang
    i) Pertanian
    ii) Perkeranian
    iii) Pengurusan Acara
    iv) Pereka Grafik

CARA MOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 16 Februari 2023. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar RESUME YANG LENGKAP, Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Berkaitan kepada alamat emel berikut:

  • yuhana@mafs.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.