Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) MARA Di Buka / Program Penajaan Pelajaran MARA
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) tahun 2022 akan dibuka bermula 17 Jun 2022 pukul 10.00 pagi hingga 27 Jun 2022 pukul 12.00 tengah hari.
Di bawah merupakan info lengkap permohonan Young Talent Development Programme (YTP) MARA.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN DI BUKA
Permohonan Di Buka
📆17 Jun 2022
Permohonan Di Tutup
📆27 Jun 2022 (12 tengahari)
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my sehingga 27 Jun 2022
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
- Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program
YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar
permohonan. - Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa
menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
SYARAT UMUM
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam
tindakan undang-undang MARA. - Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
SYARAT KHUSUS
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2022.
- Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
BAGAIMANA MOHON
- Maklumat Lanjut
- Garis Panduan Permohonan
- Syarat Kelayakan Program [versi pdf],
- Soalan Lazim